KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Mesir bermula 18 hingga 21 Jun.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, Hishammuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki.
Forum dua hari itu bakal dirasmikan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat.
"Bertemakan "Inovatif Diplomasi: Era Baharu, Pendekatan Baharu", forum berkenaan akan menyentuh pelbagai isu penting termasuk mengenai serantau dan global.
"Forum itu dijangka dihadiri pemimpin daripada lebih 43 negara serta pembuat dasar, diplomat dan ahli akademik seluruh dunia," kata kenyataan itu.
Hishammuddin juga akan menjadi ahli panel untuk sesi "Kerjasama Serantau di Asia" selain dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Turki, Mevlut Cavusoglu dan dari Palestin, Riad Malki.
Menurut kenyataan itu lagi, Hishammuddin kemudian akan meneruskan lawatan kerjanya ke Mesir dari 20-21 Jun, ini adalah lawatan pertamanya ke negara Afrika Utara sejak dilantik pada 10 Mac.
Semasa lawatan itu, Hishammuddin dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Sameh Hassan Shoukry.
"Beliau juga akan bertemu Pengerusi Suez Canal Special Economic Zone (SCZone)," tambah kenyataan itu.
Malaysia dan Mesir mempunyai hubungan yang erat, diperkukuhkan lagi dengan kerjasama substantif terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan dan hal ehwal agama.
"Mesir adalah rakan dagang terbesar Malaysia di Afrika Utara. Kesepakatan ini akan merancakkan lagi hubungan antara Malaysia dan Mesir," menurut kenyataan itu.
Lawatan kerja itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ketat sepertimana dipersetujui Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara serta pihak berkuasa Turki dan Mesir. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Diplomasi Antalya di Antalya, Turki yang bakal dirasmikan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat. - Gambar Instagram Hishammudin Hussein
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.