KUALA LUMPUR: Pra-Pelancaran Blueprint (Rangka Tindakan) Perumahan 3.0 hari ini adalah untuk menambah baik agenda perumahan demi kepentingan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata blueprint itu dibina dengan berlandaskan tiga objektif utama iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan pemilikan.
"Ia merupakan kesinambungan daripada Blueprint Perumahan 1.0 yang saya sendiri cadangkan dan perkenalkan pada 2017 serta Blueprint Perumahan 2.0 yang diperkenalkan pada 2019.
"Anggota dan veteran ATM serta keluarga mereka dapat mendiami kediaman yang selesa dan kondusif serta terdapat empat program utama akan dilaksanakan di bawah Blueprint Perumahan 3.0," katanya pada sidang media prapelancaran blueprint itu di sini.
Hishammuddin berkata di bawah blueprint itu, sebanyak 12,733 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) akan dibina di bawah lima fasa bermula pada 2023 hingga 2030.
Beliau berkata lebih banyak RKMAT juga akan dinaik taraf daripada dua rumah menjadi satu rumah hingga 2030.
"Ini tidak termasuk 434 RKMAT yang telah siap diubah suai daripada dua kepada satu unit pada 2020 dan 2021 malah perabot-perabot lama juga akan digantikan dengan perabot baharu.
"Bukan itu sahaja, di bawah blueprint ini sebanyak 974 unit Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) akan dibina secara berperingkat di Kem Wardieburn, di sini manakala 6,400 unit lagi akan dibina secara berperingkat di Genting Klang pada 2027 hingga 2033, " katanya.
Selain itu, Hishammuddin berkata kementerian itu bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama mewujudkan kuota khas yang akan dirundingkan untuk warga ATM dan veteran bagi setiap projek pembangunan rumah mampu milik yang dibangunkan KPKT di seluruh negara.
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Hishammuddin berkata blueprint itu dibina dengan berlandaskan tiga objektif utama iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan pemilikan. - Foto: Facebook Hishammuddin Hussein
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Consider This: Kesuma — First 100 Days as Human Resources Minister
It's been a little over 100 days since the cabinet reshuffle when Steven Sim was moved from being one of two Deputy Finance Ministers to holding a full Human Resources portfolio. How has he fared so far? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Steven Sim about his first 100 days as the Minister of Human Resources.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).