Astro Publication
Fri Dec 05 2014
Petang nanti bermulah sesi kelayakan untuk perlumbaan Sepang 1000km (S1K) bagi menentukan grid permulaan acara yang akan bermula pada 1.00 tengah hari, Sabtu 6 Disember. Dan ada perkembangan baharu daripada Honda Malaysia Racing Team (HMRT) – pasangan Honda Jazz dan City generasi terbaharu yang kami laporkan dahulu akan disertai dengan penambahan sebuah lagi kereta lumba.
HMRT akan menggunakan semula jentera lumba Honda Jazz yang digunakan oleh Farriz Fauzy dan Tengku Ezan Ley tahun 2013 yang menamatkan perlumbaan pada tempat ke-9. Nombor kereta #26 akan beralih kepada jentera S1K Honda City baharu (gambar di atas), manakala Jazz generasi ke-2 ini akan menggunakan #25. Farriz Fauzy juga akan mendapat pasangan memandu baharu iaitu Alif Hamdan, pelumba yang sedang meningkat naik dan merupakan juara kelas B Porsche Carrera Cup Asia 2014.
Kereta HMRT ke-3 ini akan dipandu oleh Jeff Tan dan Henzee Hamzah, kedua-duanya merupakan pemandu ‘associate’ Honda ataupun mereka yang mempunyai pertalian dengan jenama ini, sepertimana Farriz Fauzy.
Pemandu-pemandu lain iaitu Alif Hamdan, beserta pasangan pemandu yang menjuarai S1K tahun lepas dengan Jazz #27 iaitu Eddie Lew dan Aaron Lim adalah pemandu profesional.
Jeff Tan dan Henzee Hamzah akan menyertai perlumbaan S1K buat kali pertama dengan kereta yang diberi sedikit pertambahan kuasa melalui talaan sistem elektronik pada enjin.
“Pasukan HMRT telah berusaha keras untuk penyediaan perlumbaan ini dan saya percaya bukan sahaja kami dapat mencapai catatan masa tahun lepas, tetapi juga mengulangi kejuaraan. Bahkan, lebih hebat jika dapat melihat podium yang dipenuhi pasukan HMRT!” kata Akkbar Danial, pengarah pasukan HMRT.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Honda sekarang syarikat kereta bukan-nasional no.1 di Malaysia
2015 menjadi tahun bermakna buat HMSB dengan 94,902 unit terjual. City model paling laris; Disember bulan terbaik
Honda Malaysia keluarkan kemaskini produk untuk City dan Jazz
Melibatkan model-model tahun 2014 (City gen-4) dan tahun 2015 (Jazz gen-3)
HMRT bawa kereta ke-3 ke Sepang 1000km
Kereta lumba Honda Jazz tahun lepas digunakan; akan dipandu pasangan pelumba yang akan menyertai S1K buat kali pertama
Honda City 1.5L V
Apa yang perlu ada pada sedan segmen B?
Apa sahaja jawapan anda, kemungkinan besar Honda City baharu menyediakannya – dan dengan harga masuk akal
Honda Malaysia akan berlumba menggunakan Jazz dan City
Pasukan lumba tempatan HMRT akan cuba untuk mengulangi keunggulan tahun lepas dengan dua jentera perlumbaan baharu