awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda Malaysia keluarkan kemaskini produk untuk City dan Jazz

Astro Publication
Astro Publication
25/09/2015
03:40 MYT
Honda Malaysia keluarkan kemaskini produk untuk City dan Jazz
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) mengumumkan kemaskini produk untuk model-model Honda City generasi ke-4 (model tahun 2014) dan Honda Jazz generasi ke-3 (model tahun 2015). Difahamkan ini melibatkan sejumlah 12,232 unit City dan 97 unit Jazz. HMSB menyebut bahawa kemaskini ini disebabkan perisian kawalan tekanan hidraulik yang kurang berkesan untuk kotak gear CVT digunakan. HMSB turut menjelaskan bahawa pada waktu ini, apabila pedal kuasa dipijak dan dilepaskan dengan pantas pada kelajuan tinggi, tekanan hidraulik yang tinggi akan seterusnya memberi tekanan kepada syaf yang mungkin boleh menyebabkan ia patah. Disebabkan itu kenderaan boleh kehilangan kuasa ketika memandu.
Tiada kemalangan atau kecederaaan berlaku di Malaysia disebabkan isu tersebut setakat ini. Dan langkah panggil semula HMSB ini adalah untuk keselamatan pengguna. Model-model selain daripada yang dinyatakan di atas tidak terlibat dengan langkah kemaskini produk ini.
Pemilik-pemilik yang berkaitan akan diberitahu melalui surat dan semua yang menerimanya dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pengedar Honda yang terdekat untuk pemeriksaan. Semua kos akan ditanggung oleh HMSB.
Topic Berkaitan
#
# City
# HMSB
# jazz
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan