GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembinaan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula dilaksanakan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini dan ia dijangka siap dalam tempoh 10 hari lagi.
Pegawai Memerintah Batalion Kedua Perubatan ATM Lt Kol Dr Mohd Zamri Derahman berkata pihaknya berusaha keras untuk mempercepatkan operasi hospital medan itu dalam usaha memberi perkhidmatan kepada pesakit COVID-19 yang semakin meningkat di Pulau Pinang.
"Kami mula menjalankan kerja pembinaan hospital medan itu pada 9.30 pagi hari ini dan dijangka 23 khemah siap dibina di kawasan seluas 2,300 meter persegi di tapak parkir HPP itu menjelang tengah malam ini.
"Selepas itu dalam tempoh 10 hari lagi kami akan melaksanakan proses menyiapkan saluran penyambungan elektrik, teknikal dan kerja awam, kami harap ia dapat disiapkan lebih awal namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.
"Kalau cuaca baik, mungkin dalam tempoh tujuh hari boleh siap, dan empat pegawai bersama 50 anggota ATM akan terlibat dalam proses pembinaan sehingga ia siap digunakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan hospital medan itu di sini hari ini.
Sabtu lepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin mengumumkan sebuah hospital medan akan dibuka di HPP bagi menampung peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di negeri ini.
Khairy dilapor berkata hospital medan itu akan menempatkan lebih 100 katil pesakit dan dilengkapi kemudahan oksigen, wad pesakit serta lain-lain kemudahan.
Sementara itu Mohd Zamri berkata hospital medan berkenaan akan dilengkapi dengan empat katil unit rawatan rapi serta 96 katil wad yang dilengkapi sumber oksigen bagi merawat pesakit COVID-19 tahap empat dan lima di Pulau Pinang.
Menurut beliau apabila beroperasi kelak ATM akan menggerakkan 22 anggota dan dua pegawai perubatan dengan dibantu pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengoperasian hospital medan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Kerja-kerja pembinaan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula dilaksanakan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini dan ia dijangka siap dalam tempoh 10 hari lagi. - Foto BERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.
Kematian doktor pelatih HPP: KKM tubuh 'taskforce', siasat budaya buli - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pasukan petugas khas itu juga akan berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.
Polis akan rekod keterangan ahli keluarga doktor pelatih di HPP maut
Polis telah merakamkan keterangan daripada doktor dan rakan serumah seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dilaporkan maut terjatuh dari sebuah apartment rumah sewanya di Jalan Dat
Kematian doktor pelatih HPP: KKM digesa tubuh jawatankuasa inkuiri khas - Ketua Menteri
Penubuhan inkuiri berkaitan adalah penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut seterusnya mengelakkan kejadian berulang.
Hospital medan di HPP, ICU medan di HKB ditutup
Hospital yang dibuka bagi menampung merawat pesakit COVID-19 ditutup sepenuhnya hari ini berikutan jumlah pesakit semakin berkurangan.
Hospital medan di HPP akan beroperasi esok
Hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menempatkan pesakit COVID-19 dijangka beroperasi sepenuhnya esok.
Hospital medan di HPP mula dibina hari ini
Kerja-kerja pembinaan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula dilaksanakan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini dan ia dijangka siap dalam tempoh 10 hari lagi.
Pesakit COVID-19 enggan terima rawatan tidak dibenar pulang
HPP tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di ICU untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital.
Sarjan Norihan dipindahkan ke wad biasa, kesihatan bertambah baik
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan Tari yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang(HPP) telah dipindahkan ke wad biasa hari ini.
Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei.