awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025

Bernama
Bernama
12/01/2024
10:54 MYT
Hospital Petra Jaya dijangka siap 2025
Hospital Petra Jaya yang beberapa kali terbengkalai dilawati oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi meninjau peratusan pelaksanaan projek tersebut hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya di sini dijangka siap pada Ogos tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata hospital yang pernah dikategorikan sebagai 'projek sakit' itu sudah mencapai kemajuan sebanyak 54 peratus setakat ini.
"Setakat ini pencapaian pembinaan sangat baik dan telah siap 90 hari mendahului jadual. Kita anggarkan (siap) Ogos 2025 namun jika prestasi kerja baik mungkin akan siap lebih awal.
"Setelah siap pembinaan nanti, kita memerlukan masa kira-kira tiga ke empat bulan lagi untuk proses memasukkan peralatan-peralatan perubatan ke dalam bangunan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek hospital itu, hari ini.
Projek Hospital Petra Jaya yang bermula 2013 dijadualkan siap pada November 2016, namun telah tertangguh berikutan kelewatan pembinaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Petra Jaya
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
#dijangka siap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan