KUALA LUMPUR: Hospital swasta bersedia memperoleh vaksin daripada sumber lain sebaik kelulusan diberikan oleh Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi membantu kerajaan mencapai imunisasi kelompok lebih cepat.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh berkata sektor itu berpendapat kerajaan perlu dibantu memandangkan tempoh pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijangka hanya tamat pada Februari tahun depan terlalu panjang dan tidak boleh diterima.
Katanya hospital swasta boleh digerakkan untuk melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan majoriti penduduk dapat divaksinasikan dalam tempoh yang singkat ke arah mencapai imuniti kelompok.
"Ini termasuk memanfaatkan sistem kesan dan jejak yang diiktiraf kerajaan bagi membangunkan pangkalan data mengenai pemberian vaksinasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Kuljit Singh berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Katanya kerajaan juga dapat menjimatkan kos kerana jumlah penerima vaksin yang kosnya perlu ditanggung oleh kerajaan turut berkurangan apabila hospital swasta turut terlibat.
Beliau juga berpandangan ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan satu infrastruktur dalam negara yang dapat memastikan bekalan vaksin tertentu tersedia di negara ini bagi memenuhi syarat yang mungkin ditetapkan oleh negara lain dalam membenarkan kemasukan pelawat, berikutan setiap negara meluluskan vaksin yang berbeza.
"Sebagai contoh, kemungkinan musim umrah/haji akan bersambung semula dan Arab Saudi mungkin mengiktiraf vaksin tertentu sahaja dalam permohonan visa," katanya.
Dr Kuljit turut menyuarakan kebimbangan tentang ekspatriat dan komuniti diplomatik menghadapi masalah untuk mengembara ke luar dalam masa terdekat kerana program imunisasi yang dilaksanakan kerajaan meletakkan mereka dalam fasa tiga.
"Vaksinasi oleh hospital swasta boleh membantu menangani isu ini," katanya yang berharap kerajaan tidak akan menolak hasrat sektor itu untuk membantu dalam program vaksinasi tersebut.
"Motif kami bukan untuk meraih keuntungan tetapi membantu kerajaan selaku rakan kongsi. Masyarakat umum mahukan usaha ini diselesaikan secepat mungkin.
"Adanya vaksin pelbagai jenis di hospital swasta juga dapat menangani isu pihak-pihak tertentu cuba melangkau giliran dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan perbuatan mereka itu meminggirkan mereka yang lebih memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
Cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. - Gambar hiasan/ Bernama
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.
500 pesakit kanser bakal terima rawatan percuma di hospital swasta - Khairy
Tiga buah hospital swasta yang terlibat ialah Hospital Pantai, Hospital Gleneagle dan Pusat Perubatan Prince Court.
Pesakit COVID-19 di hospital swasta semakin berkurangan - APHM
Datuk Dr Kuljit Singh berkata, jumlah itu mulai berkurang sejak dua minggu lepas, terutamanya di Lembah Klang.
Kepimpinan Menteri Kesihatan baharu perlu efektif - Pakar Kesihatan Awam
Hala tuju institusi kesihatan negara ini perlu dibangunkan secara strategik pada kadar segera dengan pelantikan Menteri Kesihatan baharu yang mempunyai kepimpinan efektif.
COVID-19: Penyewaan 100 ambulans untuk tempoh hingga setahun
Ia usaha KKM bagi menampung kekurangan ambulans di Lembah Klang selain memuktamadkan perolehan menerusi tender terbuka sejumlah 490 buah ambulans.
COVID-19: Kapasiti katil hospital di kawasan GKV ditingkatkan
Langkah berkenaan dibuat berikutan situasi terkini penularan wabak itu di GKV merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.