KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) merayu orang ramai tampil menderma darah berikutan penurunan bilangan penderma susulan sekatan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara.
Pengarah Hospital USM Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim berkata, kebimbangan masyarakat dan penderma darah terhadap keselamatan sepanjang proses menderma darah selain pembatalan kempen derma darah oleh penganjur dilihat turut menjadi penyebab kekurangan orang ramai tampil menderma darah.
Beliau turut meluahkan kebimbangan, sekiranya trend penurunan pendermaan darah itu berterusan maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit.
"Bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit, pelbagai inisiatif telah dilakukan Unit Perubatan Transfusi (UPT) Hospital USM bagi menarik penderma darah tampil menderma mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk meneruskan aktiviti menderma darah kerana ia dilakukan mengikut SOP yang ditetapkan selaras dengan garis panduan antarabangsa," katanya dalam kenyatan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Ahmad Sukari berkata bagi meneruskan pendermaan darah, saringan awal akan dilakukan ke atas bakal penderma yang hanya tiada gejala, tidak mengalami jangkitan COVID-19 atau tidak ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari.
"Petugas kesihatan juga akan memastikan penderma memakai pelitup muka, mengimbas kod MySejahtera, mengisi borang deklarasi risiko COVID-19 Kampus Kesihatan serta mencuci tangan menggunakan pensanitasi sepanjang berada di lokasi," katanya.
UPT Hospital USM dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 5 petang dengan tempat meletak kenderaan turut dikhaskan kepada penderma darah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Sekiranya trend penurunan pendermaan darah itu berterusan maka secara tidak langsung ia akan menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit. - Gambar hiasan/FreeImages
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.
Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."
Pesakit kanser syukur dapat kesan barah di peringkat awal
Individu yang dikesan menghidap kanser disarankan mengikut nasihat doktor dan menjalani rawatan ditetapkan.
Bekalan darah di PDN mencukupi, derma berterusan masih diperlukan
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) dilihat mencukupi ketika ini, namun bekalan derma darah yang berterusan masih diperlukan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Hati-hati terima barang percuma, khususnya makanan - PPIM
Ini susulan penganjur sebuah program derma darah didakwa memberi cenderahati mi segera dipercayai berperisa daging babi.