Penularan COVID-19 menyaksikan satu demi satu hotel terpaksa mengambil keputusan perit dengan menghentikan operasi mereka susulan impak pandemik tersebut terhadap industri perhotelan negara.
Ini bermakna, ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar, malah ada mula mencongak nasib mereka yang bagaikan telur di hujung tanduk.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pekerja-pekerja hotel adalah antara yang paling teruk terjejas dengan ada dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.
Beliau difahamkan lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara hilang pekerjaan, lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji dan lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.
"Dari 18 Mac hingga 27 Mei, MTUC sendiri melalui MTUC COVID-19 Helpdesk menerima sebanyak 678 aduan kes dari sektor hotel iaitu pemotongan gaji (383 kes), pembuangan kerja (186), paksa cuti tanpa gaji (37), paksa cuti tahun (54) dan lain-lain perihal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebanyak 17 kes," katanya kepada Bernama.
Justeru, apa yang boleh dilakukan bagi memastikan kelangsungan kehidupan bekas-bekas pekerja hotel ini? Jawab beliau, hentikan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan mengutamakan rakyat tempatan bagi mengisi slot kekosongan kerja di dalam negara.
Abdul Halim, yang juga Pengerusi GiatMara berkata, pekerja-pekerja hotel disarankan agar diberikan kursus kemahiran di GiatMara atau kolej kemahiran berkaitan untuk menjadi usahawan dan dapat menukar profesion.
"Kerajaan mesti mencari kaedah untuk membantu pekerja hotel dan industri yang sama bagi membantu dan melindungi modal insan negara ini... kerajaan mesti menentukan tenaga kerja negara ini mendapat kerja semula," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata kerajaan harus menggubal pelan induk demi kelangsungan industri perhotelan yang terjejas teruk, dengan satu pelan jangka pendek harus merangkumi kempen menggalakkan pelancongan domestik bagi membantu merancakkan tempahan bilik hotel dan mengekalkan pekerja industri terbabit.
"Selain itu, pemilik hotel juga patut menawarkan diskaun dan faedah lain untuk menarik pelanggan manakala kerajaan pula patut menawarkan potongan bil elektrik dan air serta potongan cukai pendapatan untuk meringankan beban pemilik hotel... bagaimanapun segala imbuhan dan keistimewaan itu dengan syarat hotel mengekalkan pekerja untuk tempoh tertentu," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia, Rusli Affandi berkata, adalah lebih baik sekiranya kerajaan dapat membantu mereka yang diberhentikan kerja dengan memberikan lesen untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi meraih pendapatan dan memulakan kehidupan baharu.
"Mereka yang begitu lama di dalam industri perhotelan agak sukar untuk menukar bidang dalam masa terdekat... dengan lesen berniaga, dapatlah mereka melunaskan pinjaman termasuk yuran anak-anak yang masih belajar dan paling penting untuk mereka mulakan hidup baharu.
"Sebelum ni merekalah duta-duta kecil yang memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui tanggapan pertama apabila tetamu menginap di hotel tempat mereka bertugas," katanya sambil mengingatkan semua ahli kesatuan agar berkongsi jika ada maklumat mengenai tawaran kerja.
Beliau berkata, kira-kira 400 daripada jumlah keseluruhan 8,000 ahli berdaftar terjejas dengan penutupan empat hotel iaitu tiga di Melaka dan satu di Petaling Jaya.
"Tetapi pekerja yang bukan ahli kesatuan, ramai yang kena buang kerja cuma kami tidak tahu jumlah sebenar.... kami juga dapati banyak hotel yang terjejas adalah tidak mempunyai kesatuan sekerja," katanya.
Menurut Rusli, agak sukar untuk sektor perhotelan bangkit dalam masa terdekat berikutan sekatan kawalan sempadan membabitkan tetamu antarabangsa untuk datang melawat dan kawalan rentas sempadan bagi tetamu tempatan, bakal menyaksikan lebih banyak hotel terjejas.
Sementara itu, pekerja sebuah hotel di Pulau Langkawi yang mahu dikenali sebagai Fatin Shuhada, 25, berkata, dia diarah mengambil cuti tanpa gaji melalui aplikasi WhatsApp dan surat mengenai arahan itu hanya diperolehi selepas dua bulan bercuti tanpa gaji.
"Saya diarah bercuti tanpa gaji selagi hotel belum kembali seperti biasa... tetapi bahagian sumber manusia ada berpesan agar saya jangan meletakkan harapan tinggi kerana ada kemungkinan hotel tidak dapat bertahan.
"Buat masa ini saya tidak ada rancangan lain lagi... saya hendak cari kerja tetapi sangat susah hendak dapat kerja di Langkawi kerana kebanyakan sumber cari rezeki di sini adalah dalam bidang pelancongan yang mana Langkawi sedang teruk sekarang ini," katanya yang bekerja sebagai pembantu kaunter penerimaan tetamu sejak Ogos tahun lepas.
Azmar Mohd (bukan nama sebenar), 39, dari Kuala Lumpur pula diberhentikan kerja awal Mei sebagai Ketua Jabatan Transformasi di syarikat rangkaian hospitaliti yang menawarkan tempahan bilik hotel dalam talian.
"Sebenarnya, saya ada dua pilihan, sama ada mengambil cuti sementara atau pakej pemberhentian kerja... dan awal bulan ini diberhentikan kerja...syarikat terjejas akibat PKP dan COVID-19 kerana tiada yang ingin melakukan perjalanan dalam negara, ditambah tiada pelancong," katanya.
Justeru, beliau merancang untuk mencari peluang baharu termasuklah mengikuti pelbagai kursus dalam talian bagi menajamkan kemahiran sedia ada atau menambah skil baharu seperti kursus ditawarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mereka yang menganggur. - BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
Ribuan atau mungkin puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan apabila hotel atau pusat penginapan tersebut gulung tikar. - Gambar hiasan
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.