awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit

Bernama
Bernama
09/12/2023
11:19 MYT
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang menyiasat dakwaan kecuaian hospital terbabit yang dikatakan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di fasiliti itu.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
"Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat. Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, tular catatan menerusi akaun Facebook seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa pihak HTAR meninggalkan dawai sepanjang 22 sentimeter (Guidewire) di dalam saluran darah ke jantung seorang pesakit buah pinggang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HTAR
#dawai ditinggalkan
#kecuaian hospital
#aduan
#siasatan
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan