DI PASARAN hari ini, terdapat pelbagai jenis gelang tangan kecergasan. Huawei turut tidak ingin ketinggalan, dan telah memperkenalkan Huawei FIT baru-baru ini.

Huawei FIT dipasarkan untuk semua jenis pengguna - tidak kira yang sangat aktif, ataupun sebaliknya. Menggunakan gelang-tangan yang juga turut boleh berfungsi sebagai jam tangan ini, pengguna boleh memantau aktiviti kecergasan seperti berjalan kaki, berlari, berenang dan sebagainya.

Seterusnya pengguna boleh menilai dan memantau lanjut menggunakan sebuah aplikasi khusus untuk Huawei FIT.

Bagi anda yang tidak mempunyai pelatih pula, Huawei FIT mempunyai latihan terbina yang boleh meningkatkan kecergasan pengguna - termasuk membantu dari segi menaikkan stamina pengguna.

Melengkapkan Huawei FIT adalah sensor untuk memantau kadar denyutan nadi pengguna ketika bersenam.

Huawei FIT ini boleh digunakan bersama sebarang telefon pintar Android atau iPhone. Huawei bakal mula memasarkan ia bermula penghujung November ini.



KEMBALI KE GADGET NATION