Raja Arab Saudi Salman Abdulaziz Al-Saud berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya kini berada pada tahap tertinggi dan akan terus diperkukuh pada masa hadapan.
Pengiktirafan ini dinyatakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadap baginda di kediaman diraja itu di sini pada Rabu.
"Apa yang dinyatakan baginda kepada saya ialah baginda amat berpuas hati dengan tahap hubungan antara kedua-dua negara kini," Najib berkata demikian pada sidang akhbar Rabu malam selepas menamatkan lawatan kerja di Arab Saudi yang bermula pada 29 Feb.
Beliau memaklumkan bahawa Raja Salman juga kagum terhadap pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara, sesuatu yang dipandang tinggi oleh Arab Saudi.
BACA: Sokongan kerabat diraja Arab Saudi kepada Malaysia tidak akan dilupa - Najib
BACA: Malaysia teroka peluang baharu di Arab Saudi - Najib
Najib berkata bagi pihak Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, beliau menyampaikan jemputan kepada Raja Arab Saudi itu untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Memberitahu lebih lanjut mengenai majlis menghadap itu, perdana menteri berkata beliau merasa terharu melihat kehadiran sejumlah besar anggota kerabat diraja, menteri kabinet dan pegawai tinggi tentera Arab Saudi ketika majlis santapan tengah hari sempena acara tersebut.
Beliau menganggap suasana itu sebagai melambangkan tahap kepentingan yang diberikan Arab Saudi kepada hubungan antara Riyadh dan Kuala Lumpur.
Najib berkata beliau berharap hubungan istimewa antara kedua-dua negara akan diterjemah kepada aspek yang boleh memanfaatkan lagi rakyat Malaysia.
Semasa majlis menghadap itu, beliau telah menzahirkan penghargaan Malaysia atas layanan dan bantuan yang dihulurkan Arab Saudi kepada jemaah haji dan umrah Malaysia.
Beliau berkata Malaysia mendapat pertimbangan sangat baik berhubung perkara-perkara tersebut.
Perdana menteri berkata hubungan antara kedua-dua negara berkembang sehingga menggambarkan keprihatinan semasa dalam bentuk ancaman keselamatan yang dihasilkan kumpulan militan Daesh, bukan sahaja kepada Arab Saudi tetapi juga Malaysia dan rantau Asia Tenggara serta selainnya.
"Saya sependapat dengan Raja Salman bagaimana Daesh telah berupaya menarik kepada perjuangannya dalam kalangan rakyat Malaysia di Malaysia dan rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan ini di Syria dan Iraq," kata beliau.
Najib turut menyebut bahawa Arab Saudi merupakan tanah yang dipenuhi peluang dengan ramai rakyat Malaysia telah memperoleh pekerjaan di dalam negara ini.
"Ramai golongan profesional kita telah memperoleh pekerjaan berpendapatan tinggi dan ini secara umum akan memanfaatkan Malaysia," katanya.
Dari segi ekonomi, perdana menteri berkata beliau gembira syarikat Malaysia iaitu Prasarana memenangi kontrak tahun lepas bagi pengoperasian dan penyeliaan sistem Metro Arafah-Mina.
"Kita kini sedang memfokus kepada usaha untuk menjadi operator lapangan terbang antarabangsa Jeddah yang baharu," kata beliau dan menambah Malaysia mendapat pengiktirafan baik sebagai pengendali lapangan terbang dalam bentuk Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Najib berkata MAHB mengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turki selain banyak lapangan terbang di Malaysia sendiri.
Bernama
Thu Mar 03 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis pertemuan bersama warga negara Malaysia termasuk pelajar yang berada di Arab Saudi pada Rabu malam sempena lawatan kerja beliau ke negara tersebut. - Foto Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.