SHAH ALAM: Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata, dalam berdepan beberapa isu berbangkit, semua Kabinet tiada masalah persefahaman dalam membincangkannya, namun beliau akui terdapat isu yang terpaksa dirundingkan di luar Kabinet.
"Yang di luar (Kabinet) suara-suara yang tidak semestinya mewakili suara kepimpinan, saya harus akui ada sedikit sebanyak hal yang dirungkai di luar jemaah menteri, tetapi setakat ini belum ada petanda keretakan kecil sekalipun, antara PH (Pakatan Harapan), UMNO-BN (Barisan Nasional), Sabah dan Sarawak.
"Yang ada hanya gerombolan-gerombolan desperados yang cuba adu domba dan saya beri tahu mereka good luck and goodbye, it will not work.”
"Bagi saya kerajaan ketika ini masih mantap dan kukuh,” katanya dalam ucapan pada Konvensyen 25 Tahun PKR, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini. - Bernama
Perdana Menteri berkata demikian menjawab serangan serta kritikan sesetengah pihak, berhubung beberapa isu berbangkit termasuk afidavit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyokong permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Anwar berkata Kerajaan Perpaduan juga dituduh tidak melakukan sebarang perubahan atau reformasi apabila mentadbir negara, namun Perdana Menteri menegaskan kerajaan amat komited melaksanakan perubahan dan ia dilakukan mengikut kemampuan serta kebijaksanaan.
Beliau berkata dalam tempoh setahun Kerajaan Perpaduan mentadbir, kerajaan tidak berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman negara dan kekuatan badan penguat kuasa untuk bertindak dengan tegas tanpa ada campur tangan politik.
"Sekarang ini, badan kehakiman kita dikenali sebagai badan yang bebas... belum ada satu kes (mahkamah) di mana saya panggil ketua hakim (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) atau berunding (campur tangan) untuk menyelesaikannya.
"Kebijaksanaan kita (diperlukan) untuk mengekalkan dan bukannya untuk merobohkan kerajaan yang ada...perubahan kita akan lakukan tapi kepesatan dan kelajuan mengikut kemampuan serta kebijaksanaan, jangan kerana nak meneruskan agenda yang disenangi (oleh sesetengah pihak) hingga merobohkan kerajaan ini," katanya.
Anwar berkata ada pihak yang menuduh kononnya Kerajaan Pepaduan hanya berdiam diri sehingga rakyat 'menderita', sebaliknya kata beliau golongan yang 'menderita' hanya individu berpangkat yang menyakau duit rakyat.
Beliau berkata satu langkah atau gagasan terbaik untuk dilakukan ialah menghentikan amalan menggunakan kuasa, merompak dan menyakau harta negara ini.
"Semua jemaah menteri dan kepimpinan (setiap parti) tahu, sama ada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor termasuk PH, semua faham dan setuju andai kata ada dalam kalangan kita melanggar prinsip tatakelola dan terjerumus dalam amalan rasuah, mereka secara sendiri akan terkeluar dan hadapi perundangan," katanya.
Konvensyen khas yang dihadiri lebih 5,000 perwakilan termasuk secara dalam talian bagi wakil Sabah dan Sarawak itu, diadakan sempena sambutan Jubli Perak penubuhan PKR, yang mencapai usia 25 tahun pada 4 April.
Selepas konvensyen khas itu, kemuncak sambutan Jubli Perak penubuhan PKR akan diadakan pada 11 Mei ini, pada program Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Sambutan itu, dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Anwar berkata, Kabinet tiada masalah persefahaman dalam membincangkan masalah berbangkit, namun beliau akui terdapat isu yang terpaksa dirundingkan di luar Kabinet. - Gambar/ Bernama
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
PM Anwar zahir ucapan sempena Hari Keputeraan Agong
Beliau turut berdoa supaya Baginda Dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kedaulatan.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
AI di Malaysia perlu terap keilmuan turath Islam - PM Anwar
Anwar berkata ilmu yang terkandung di dalam teknologi AI ketika ini berdasarkan bahan daripada barat, kerana teknologi itu dibangunkan oleh mereka.
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.