Skip to main content

Malaysia

Hujan berterusan diramal landa Sabah hingga esok

41750490267_TBhujan.jpg
Kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Sabah hingga esok, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip.

Menerusi amaran dikeluarkan 2 petang ini, beliau berkata kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Advertisement

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video