awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan menyebabkan Hentian Royal Belum, Gerik dinaiki air

Bernama
Bernama
07/01/2021
20:40 MYT
Hujan berterusan menyebabkan Hentian Royal Belum, Gerik dinaiki air
Kawasan Hentian Royal Belum, di Gerik dinaiki air akibat limpahan dari Tasik Banding. - Foto BERNAMA.com
IPOH:Kawasan Hentian Royal Belum, di Gerik dinaiki air akibat limpahan dari Tasik Banding yang terletak bersebelahan selepas hujan berterusan.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata tinjauan mendapati berlaku kenaikan air sehingga paras tayar beberapa kenderaan milik pengunjung yang diletakkan di kawasan parkir di hentian berkenaan sejak kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
"Bagaimanapun kenderaan tidak tenggelam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Pemilik kenderaan-kenderaan berkenaan tiada di tempat kejadian dan dipercayai berada di Rumah Bot Tasik Banding itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang memantau dan mengawal pelepasan air dari Tasik Banding ke Sungai Perak melalui alur limpah bagi mengelakkan berlaku kejadian banjir.
Katanya, limpahan dan paras air di kawasan itu bergantung kepada keadaan cuaca namun tidak menjejaskan orang ramai setakat ini.
Gambar menunjukkan beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan hentian yang dinaiki air hingga paras betis itu tular dalam media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#tasik banding
#Hentian Royal Belum
#Gerik
#kenaikan air
#Zulkifli Mahmood
#TNB
#pelepasan air
#cuaca
#hujan
#kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan