awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat peringkat buruk berterusan di Pantai Timur sehingga 20 Disember - MetMalaysia

Faida Rahim
Faida Rahim
17/12/2022
06:30 MYT
Hujan lebat peringkat buruk berterusan di Pantai Timur sehingga 20 Disember - MetMalaysia
Manakala di Terengganu, hujan lebat di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.- Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Luruan monsun telah memasuki kawasan rantau negara bermula hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan situasi ini memberi kesan angin kencang dan laut bergelora terutama melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan.
Ia turut memberi risiko limpahan air laut terutama kawasan perairan negeri Kelantan sehingga ke timur Johor.
Selain itu, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat berterusan peringkat buruk berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).
Manakala di Terengganu, hujan lebat di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Dalam pada itu, penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang diminta berwaspada dengan ramalan hujan berterusan dijangka sehingga 20 Disember.
Di Perak pula, hujan berterusan di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Selain itu, hujan lebat di Pahang meliputi Cameron Highlands, Kuala Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin turut dijangka berlaku.
Di samping itu, hujan berterusan dijangka di Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Orang awam diminta lebih berhati-hati dan sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di kawasan masing-masing.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#MetMalaysia
#Kuala Terengganu
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan