awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, Pokok Sena dilanda banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/10/2021
10:08 MYT
Hujan lebat, Pokok Sena dilanda banjir kilat
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa laluan di Pokok Sena dinaiki air. - Foto ihsan bomba
ALOR SETAR: Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa laluan di Pokok Sena dinaiki air termasuk beberapa rumah penduduk di Jalan Kampung Machang Kurung, Pokok Sena, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena digerak ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa banjir di kampung berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.10 petang dan anggota BBP Pokok Sena tiba di lokasi mendapati lima buah rumah penduduk telah dimasuki air.
"Anggota bomba membantu memindahkan sebelas mangsa dari tiga keluarga yang terdiri dari seorang warga emas, dua lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan enam kanak-kanak lelaki.
"Mereka dipindahkan ke rumah jiran berhampiran selepas rumah mereka dinaiki air mencecah 0.5 meter paras air akibat banjir kilat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini dilaporkan pergerakan air masih deras di lokasi.
Topic Berkaitan
#banjir
#pokok sena
#Jalan Kampung Machang Kurung
#JBPM Kedah
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan