awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - SYABAS

Bernama
Bernama
28/04/2014
15:05 MYT
Hujan tambah pengeluaran air di enam loji rawatan - SYABAS
Gambar fail.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkata hujan yang kerap ketika ini meningkatkan jumlah air mentah di sungai utama dan membolehkan enam loji rawatan menambah pengeluaran air terawat.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata keadaan ini membolehkan syarikat itu membekalkan air ke kawasan yang terlibat dengan catuan.
"Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan masih menerima bekalan air di premis mereka namun situasi ini adalah bersifat sementara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata enam kawasan yang menerima bekalan air tambahan ialah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Bagaimanapun, Priscilla mengingatkan pengguna agar berjimat cermat dan mengurangkan penggunaan air serta sentiasa bersedia menghadapi catuan bekalan yang dilaksana mengikut jadual.
Beliau berkata pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat masih diteruskan dan dijangka tamat pada 30 April ini, atau suatu tarikh yang akan diputuskan kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Orang ramai yang masih keliru dengan pelan catuan bekalan air boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat berhubung kawasan terlibat catuan, jadual catuan harian dan polisi lain berkaitan catuan itu.
Topic Berkaitan
#catuan air
#Lembah Klang
#Selangor
#SPAN
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan