awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman lebih berat untuk pesalah kebersihan alam sekitar

Bernama
Bernama
21/12/2013
12:27 MYT
Hukuman lebih berat untuk pesalah kebersihan alam sekitar
Kementerian Kesihatan akan mengkaji untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang melanggar peraturan berhubung kebersihan alam sekitar dalam usaha menyekat dan mengawal wabak denggi.
Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar) berkata sekalipun kementerian menjalankan pendidikan dan kempen kesedaran namun masih ramai melakukan kesalahan.
"Kementerian akan berunding dengan kerajaan negeri, bagi mengkaji peraturan dan undang-undang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kita amat serius tentang penguatkuasaan.
"Mereka yang mengabaikan peraturan akan dikeluarkan saman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Dr Subramaniam mengulas peningkatan kes denggi yang membimbangkan yang telah mengorbankan 14 nyawa di Selangor.
Beliau berkata sejumlah 16,786 saman dengan nilai denda RM7.67 juta telah dikeluarkan menerusi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 tahun lepas.
Mengenai kekurangan katil hospital untuk pesakit denggi, beliau berkata kementerian akan berbincang dengan hospital berdampingan bagi mencari jalan menyelesaikan masalah itu.
Topic Berkaitan
#denggi
#hukuman berat
#kebersihan
#Kementerian Kesihatan
#S. Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan