awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hun Manet beri taklimat kepada Anwar mengenai pertikaian sempadan Kemboja-Thailand

Bernama
Bernama
06/06/2025
22:00 MYT
Hun Manet beri taklimat kepada Anwar mengenai pertikaian sempadan Kemboja-Thailand
Anwar ketika bertemu dengan Manet di Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur. - Foto AP
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Jumaat memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pertikaian sempadan Kemboja-Thailand.
Dalam hantaran di Facebook, Manet berkata beliau menjelaskan pendirian kerajaan berkaitan sempadan Kemboja-Thailand kepada Anwar menerusi perbualan telefon.
"Kemboja berpegang kepada prinsip mengekalkan keamanan, persahabatan dan kerjasama yang baik dengan Thailand.
"Keputusan Kemboja untuk merujuk Kuil Ta Moan Thom, Kuil Ta Moan Tauch, Kuil Ta Krabei dan kawasan Mom Bei ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah bagi mencari penyelesaian awal, aman dan berkekalan terhadap isu sempadan di kawasan berkenaan dan bukannya untuk terus memanjangkan ketidaktentuan yang boleh mencetuskan semula konflik bersenjata," kata Manet.
Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara jiran itu tercetus selepas seorang askar Kemboja terbunuh dalam insiden pertempuran singkat dengan tentera Thailand di wilayah Preah Vihear pada 28 Mei lepas.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Kemboja akan terus bekerjasama dengan Thailand bagi mempercepat proses penentuan dan penandaan sempadan (kecuali empat kawasan yang disebutkan di atas) menerusi Suruhanjaya Bersama Kemboja-Thailand mengenai Persempadanan Tanah (JBC).
Mesyuarat suruhanjaya bersama itu dijadual berlangsung pada 14 Jun di Phnom Penh.
"Kemboja terus mengekalkan hubungan dua hala melalui semua mekanisme sedia ada demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara," katanya kepada Anwar, yang merupakan Pengerusi ASEAN tahun ini.
Manet turut mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur akhir bulan lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hun Manet
#Anwar Ibrahim
#pertikaian sempadan
#Kemboja-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami