awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan 130 tahun di Kelantan berpotensi jadi lokasi eko-pelancongan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
09/12/2018
02:13 MYT
Hutan 130 tahun di Kelantan berpotensi jadi lokasi eko-pelancongan
Sazmi berbangga apabila buat julung kalinya negeri Kelantan terpilih sebagai lokasi sukan kenderaan lasak, Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2018 bagi edisi ke-23 tahun. - Astro AWANI
Kawasan hutan di kawasan selatan negeri ini yang dianggarkan berusia 130 juta tahun berpotensi dibangunkan sebagai kawasan tarikan eko-pelancongan penggemar sukan lasak dan pelancong luar negara.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah berkata, pihaknya akan meneroka industri pelancongan yang dilihat berpotensi besar dan mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi penduduk kawasan selatan Kelantan.
Katanya, pembangunan itu mampu menarik kunjungan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Sazmi berkata, dia berbangga apabila buat julung kalinya negeri Kelantan terpilih sebagai lokasi sukan kenderaan lasak, Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2018 bagi edisi ke-23 tahun.
Kawasan Orang Asli di Pos Gob menjadi penutup kejohanan itu yang disertai oleh 300 peserta dari 20 negara.
"Kita mempunyai alam semula jadi yang mungkin kita rasa satu benda yang biasa, tetapi orang luar, ia di luar kebiasaan.
"Saya ada bersembang dengan peserta dari Rusia, beliau tergamam dan teruja apabila berada di dalam hutan belantara berumur 130 juta tahun. Beliau pun tak tahu hutan itu berumur 130 juta tahun. Ini antara perkara yang kita lihat (untuk) masa hadapan.
"Kita nak melihat Gua Musang sebagai destinasi perlancongan," ujar beliau.
Daerah Gua Musang mempunyai pelbagai produk pelancongan seperti Taman Negara Kuala Koh, Gua Batu Kapur dan kawasan perkampungan Orang Asli.
Topic Berkaitan
#eko-pelancongan
#Gua Musang
#hutan
#Kelantan
#Sazmi Miah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan