awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Huzir bersara, Dev Kumar pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman

Bernama
Bernama
19/05/2021
15:01 MYT
Huzir bersara, Dev Kumar pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman
PDRM dalam kenyataan memaklumkan Dev Kumar akan memangku jawatan tersebut berkuat kuasa esok. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman susulan persaraan wajib Datuk Huzir Mohamed esok, selepas 39 tahun menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Huzir, 59, dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2019.
PDRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Dev Kumar akan memangku jawatan tersebut berkuat kuasa esok.
Huzir, yang dilahirkan di Taiping, Perak, menyertai PDRM sebagai pelatih Inspektor Percubaan pada 27 Dis 1982 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini.
Setelah tamat latihan, beliau ditugaskan antaranya sebagai pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Pegawai Turus Operasi JSJ Perdagangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dan Timbalan Ketua JSJ IPK Negeri Sembilan.
Selain itu, beliau turut menyandang beberapa lagi jawatan penting antaranya Ketua Penolong Pengarah (D9) JSJ Bukit Aman, Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1 JSJ Bukit Aman dan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman.
Sepanjang kariernya di JSJ, Huzir banyak menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi antaranya terlibat operasi (Op) Jejak Aman (Kevin Morais); Op Api OUG; Op Cantas Geng 360 Devan; Geng 04 Perak; Geng Jin Jeet Tong; dan Op Cantas Mega Geng 36 Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Pengarah JSJ Bukit Aman
#Huzir Mohamed
#bersara
#Dev Kumar
#memangku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan