awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ia bukan soal kaum, ia tentang jenayah," kata Namewee, Afdlin Shauki

Syafique Shuib
Syafique Shuib
13/07/2015
13:17 MYT
"Ia bukan soal kaum, ia tentang jenayah," kata Namewee, Afdlin Shauki
Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.
Pengarah dan vlogger YouTube terkenal Namewee berkata isu pergaduhan di Plaza Low Yat bukanlah isu perkauman.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook, Namewee berkata ia merupakan isu tentang pencuri, gangster dan polis.
“Ada orang cakap itu kes perkauman.
“Untuk saya, saya nampak dalam video-video itu ada kaum polis, kaum pencuri dan kaum gangster... tetapi saya tidak nampak kaum lain,” katanya.
Dalam video berdurasi 63 saat itu, Namewee bertanyakan tentang warna jam, pemetik api, topi dan seluar pendek.
Namun Namewee akui para penonton tidak boleh menjawab soalan berkenaan kerana video berkenaan dalam hitam putih.
“Warga Malaysia, sabar, isu dekat Low Yat bukan tentang warna, bukan tentang kaum, ia tentang pencuri, gangster, dan polis.
“Semua orang, sabar... biar polis selesaikan. Katakan tidak kepada perkauman dan tidak kepada pergaduhan,” akhiri Namewee.
Saksikan video tersebut di laman Facebook milik Namewee.
Sementara itu, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki tidak mahu orang ramai anggap ia sebagai kes perkauman, kerana bagi beliau ia adalah kes jenayah.
"Jangan gabungkan perkauman dalam kes ini. Kita orang Malaysia, kita duduk bersama dan kita bersaudara.
"Kita berikan polis selesaikan isu ini," kata Afdlin dalam video berkenaan.
GALERI FOTO: Kekecohan di Plaza Low Yat
BACA: KPN arah polis tangkap blogger BACA: 'Jangan percaya maklumat di media sosial, serah sahaja pada polis' - Najib BACA: Wartawan bersatu kutuk serangan ke atas pengamal media di Plaza Low Yat
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat yang berlaku awal pagi Isnin.
Sebelum itu, polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di pusat membeli-belah tersebut.
Kejadian pada 7.38 malam Sabtu itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#Namewee
#Plaza Low Yat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan