TOKYO: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pelepasan sisa air radioaktif terawat dari loji Fukushima Daiichi berjalan lancar setakat ini.

Menurut operator loji, fasa kedua pelepasan sisa air itu selesai mengikut jadual pada Isnin.

IAEA mengesahkan tiada sebarang isu dikesan selepas dua fasa pelepasan sisa air radioaktif terawat.

"Apa yang saya boleh katakan, dua fasa pelepasan berjalan lancar. Tiada isu berbangkit dikesan setakat ini," katanya.

Loji Fukushima Daiichi mula melepaskan sisa air tersebut pada 24 Ogos.

Operatornya, Tepco Elektrik Power Company (TEPCO) memaklumkan bagi fasa kedua, pelepasan melibatkan 7,800 tan air terawat.

Ujian sampel air laut juga mengesahkan ia memenuhi standard keselamatan.

Bencana berganda pada 11 Mac 2011, bermula dengan gempa dan kemudian tsunami, memusnahkan bekalan tenaga dan sistem penyejuk loji berkenaan.

Ia turut menyebabkan tiga reaktornya cair dan membebaskan jumlah radiasi yang besar.

Susulan tindakan Jepun melepaskan sisa air terawat ke laut, China dan Rusia kini mengenakan larangan import makanan laut dari negara itu.