IATA sambut baik sambung pencarian MH370, penting untuk rungkai kebenaran

Awal bulan ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyambut baik usaha menyambung semula operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada akhir bulan ini, menyatakan bahawa komuniti penerbangan global terus bertekad untuk merungkai kebenaran di sebalik kehilangan pesawat tersebut.
Ringkasan AI
- IATA menyambut baik usaha menyambung operasi pencarian MH370 yang hilang, menegaskan kepentingan meneruskan usaha untuk merungkai kebenaran di sebalik kehilangan pesawat itu.
- Ketua Pengarah IATA menekankan perlunya menemui pesawat MH370 dan memahami kejadian sebenar sebagai langkah penting untuk keselamatan penerbangan global.
- Operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang pada 2014 akan disambung semula pada 30 Disember, diharapkan teknologi baharu Ocean Infinity dapat memberi peluang kejayaan yang lebih kukuh.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai syarikat penerokaan dasar laut yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity yang akan menyambung semula pencarian pesawat itu yang hilang pada 8 Mac 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan MH370 yang dalam penerbangan komersial rutin dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, terus menjadi antara misteri terbesar dalam dunia penerbangan.
Menurut laporan, radar tentera kemudian mengesan pesawat itu berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia dan bergerak ke arah Laut Andaman sebelum ia hilang daripada semua sistem pengesanan.
Walsh berkata IATA yang berpangkalan di Geneva, yang mewakili syarikat penerbangan dan menetapkan piawaian global untuk keselamatan, kecekapan dan kemampanan, menyokong sebarang usaha baharu oleh kerajaan atau pasukan teknikal untuk mencari Boeing 777 yang hilang itu.
Lokasi terakhir pesawat tersebut masih belum ditemui.
"Semua orang mahu pesawat itu ditemui dan semua orang ingin memahami apa sebenarnya yang berlaku," katanya.
Beliau berkata persatuan itu mengalu-alukan sebarang usaha yang menyumbang kepada kemajuan siasatan dan kehilangan MH370 yang terus memberi kesan mendalam kepada keluarga, industri dan masyarakat.
"Saya pasti keluarga yang terlibat mengalu-alukan usaha menyambung semula operasi pencarian pesawat itu sepertimana semua pihak dalam industri ini kerana kita semua ingin tahu apa yang berlaku," katanya.
Awal bulan ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini.
Ocean Infinity telah mengesahkan kepada kerajaan Malaysia bahawa operasi pencarian di dasar laut secara berperingkat selama 55 hari dimulakan semula.
Meskipun operasi pencarian laut dalam yang terbesar dan termahal dalam sejarah penerbangan melibatkan Malaysia, Australia dan China, pesawat itu tidak ditemui.
Pencarian asal meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dan digantung pada 2017 selepas dua tahun.
Hanya serpihan berselerak yang disahkan daripada MH370 ditemui, dijumpai di beberapa pulau di bahagian barat Lautan Hindi selepas hanyut mengikut arus.
Usaha pencarian pada awal tahun ini bermula pada Mac lepas tetapi dihentikan sementara berikutan cuaca buruk.
Menurut laporan berita, syarikat itu menyatakan keyakinan bahawa teknologi robotik dan pemetaan yang dipertingkatkan serta pengajaran daripada misi terdahulu, memberikan usaha baharu ini peluang kejayaan yang lebih kukuh.
Ocean Infinity berkata kumpulan kapal tinjau robotiknya adalah neutral karbon dan jauh lebih cekap berbanding platform laut dalam tradisional.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


