awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
Azmin, Faizal Azumu antara yang hadir perjumpaan khas di kediaman Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibarat tsunami ...

Agensi
Agensi
12/03/2021
09:27 MYT
Ibarat tsunami ...
Seorang penduduk Chun Hiang berkata, dia tidak menyangka tangki berusia lebih 40 tahun yang berfungsi menyalurkan bekalan air kepada penduduk akan menyembah bumi. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Ibarat tsunami.
Itu gambaran diberikan penduduk Taman Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Chukai, di sini apabila tangki air taman perumahan tersebut runtuh menyembah bumi dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Jumaat.
Kejadian itu turut mengejutkan penghuni 138 rumah di taman itu dan sehubungan itu air dari tangki besar itu melimpah masuk ke beberapa rumah berhampiran, lapor portal Sinar Harian di sini hari ini.
Seorang penduduk, Jimmy Tan Chun Hiang, 53, berkata, dia tidak menyangka tangki berusia lebih 40 tahun yang berfungsi menyalurkan bekalan air kepada penduduk akan menyembah bumi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Runtuhan tangki air
Runtuhan tangki air itu mengejutkan penduduk di kawasan berkenaan, namun penduduk bersyukur tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu. - Foto Astro AWANI
Laporan itu turut memetik, penduduk keluar untuk mengenal pasti bunyi kuat dan terkejt melihat tangka air berada di tanah.
Chun Hiang yang sudah 20 tahun tinggal di taman itu turut berharap pihak keselamatan dapat memasang garisan halangan memasuki kawasan runtuhan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.
“Kita bimbang ada orang bermain di sana dan akan cedera kerana sisa runtuhan seperti besi, paku dan benda tajam belum dibersihkan dengan sempurna lagi,” kata Chun Hiang.
Sinar Harian melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata tangki air itu runtuh akibat besinya berkara sehubungan kawasan itu beberapa kali dilanda banjir sejak tahun 2013.
Topic Berkaitan
#runtuhan tangki air
#keselamatan
#taman bukit mentok
#Pengkalan Pandan
#Jimmy Tan Chun Hiang
#ADUN Chukai
#Hanafiah Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan