awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak lelaki antara tiga ditahan edar dadah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/02/2021
06:37 MYT
Ibu, anak lelaki antara tiga ditahan edar dadah
Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. - Gambar IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA:Seorang ibu dan anak lelakinya antara tiga individu yang ditahan kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, dalam dua serbuan berasingan di Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Rabu di Jalan Gasing, di sini, polis menahan dua beranak yang berusia 25 dan 49 tahun selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.
Beliau memberitahu, dalam serbuan itu, polis turut merampas 40 paket plastik dadah jenis heroin (anggaran 62 gram) yang bernilai RM1,600, dua paket dadah jenis syabu bernilai RM300 serta sebuah kereta Hyundai Atos.
"Semakan mendapati wanita itu mempunyai tiga rekod lampau manakala anaknya mempunyai tujuh kes, yang kesemuanya membabitkan dadah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Susulan penahanan itu, kata Nik Ezanee, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun dipercayai ahli sindilket itu di Sungai Way, kira-kira lapan jam kemudian.
Turut dirampas katanya, ganja seberat dua kilogram (kg) bernilai RM7,000 dan sebuah kereta Honda Insight.
"Siasatan awal mendapati suspek ini tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan sindiket itu dipercayai aktif mengedar dadah di Lembah Klang sejak setahun lalu," katanya.
Saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas kesemua suspek mendapati negatif.
Beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dijalankan.
Jika disabit dengan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Topic Berkaitan
#Akta Dadah Berbahaya
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#pengedar dadah
#dua beranak
#IPD Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan