ALOR SETAR: Pelik tetapi ini berlaku apabila seekor ibu kucing yang bunting memanjat pokok setinggi 3.5 meter, terpaksa melahirkan anak di celah batang pokok pukul lima di Pekan Langgar di sini pada Khamis.
Bunyi ibu kucing didengari penduduk berdekatan bertindak menghubungi Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan haiwan itu bersama anaknya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan jam 4 petang sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ke lokasi yang dimaklumkan.
“Setiba di lokasi anggota mendapati ibu kucing dalam keadaan lemah dipercayai baru melahirkan tiga ekor anak.
“Tindakan anggota memasang tangga dan naik ke atas pokok dan berjaya menurunkan kesemua empat ekor kucing itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Selepas berjaya diturunkan ibu kucing bersama anaknya diserahkan kepada seorang individu yang menawarkan diri untuk memeliharanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 07 2022
Selepas berjaya diturunkan ibu kucing bersama anaknya diserahkan kepada seorang individu yang menawarkan diri untuk memeliharanya. - Foto JBPM
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Sedondon berbaju raya dengan Bengkok, Aboi
Trend berpakaian sedondon bukan sahaja terhad dalam kalangan ahli keluarga tetapi binatang peliharaan turut dipakaikan baju raya yang sama warna dan tema.
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
Menjelang Aidilfitri, 'hotel kucing' tidak menang tangan terima tempahan
Paling mencabar nak pujuk kucing-kucing yang sudah biasa dan tak boleh berenggang dengan 'mak' atau 'ayah'nya, kata pengusaha hotel kucing.
Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni
Kejadian itu dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana haiwan itu masih hidup dimasuk dan diikat di dalam guni.
Banjir: Tiga kali sehari redah banjir demi kucing
Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.
Kucing bercakap seperti manusia tular di TikTok
Dalam video tersebut, Duchy dilihat memanggil nama pemiliknya untuk meminta makanan.
Kucing punca tumpahan cecair kimia
Kucing itu menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.
Penampilan King Oyen tambah "mood" Hari Kebangsaan
Kemunculan istimewa seekor kucing yang yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai Hari Kebangsaan 2023.
Nahas Elmina: Oyen sudah tiada
Seekor kucing dipanggil Oyen yang turut terlibat dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Elmina pada 17 Ogos lalu dimaklumkan telah mati.
UUM siasat punca kematian sembilan ekor kucing
Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang menyiasat punca kematian sembilan ekor kucing di sekitar kawasan kampus pada Rabu.