KUALA NERUS: "Puding buih memang juadah kegemaran anak lelaki kami namun setelah apa yang menimpa, kami serik untuk makan dan membeli kuih berkenaan.
Itu luahan Tuan Naemah Tuan Husain, ibu kepada dua beradik yang mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih yang dibeli disebuah gerai berhampiran padang bola Kampung Bukit Tumbuh, Rabu lalu.
Jelasnya, sebelum Ramadan lagi anaknya beberapa kali merungut untuk menikmati kuih berkenaan dan pada Rabu lalu dia memenuhi permintaan anak lelaki sulungnya itu.
Bagaimanapun, kegembiraan anaknya yang berusia sembilan dan tujuh tahun menikmati hidangan itu tidak bertahan lama selepas kedua-duanya terpaksa berulang-alik ke tandas dengan keadaan badan yang makin lemah, sehingga terpaksa ditahan di hospital selama empat hari.
“Saya rasa macam satu kesalahan apabila kita sebagai mak ayah mungkin tak peka pada makanan anak. Seterusnya rasa macam trauma, (lihat anak) sampai tahap macam ni... walaupun (pada awalnya) anak yang minta.
“Tapi, begitulah, bila tengok anak macam tu, dalam hati memang tak akan beli lagi (puding buih) sampai bila-bila,” katanya.
BACA: Keracunan makanan: Sampel puding buih dihantar ke makmal untuk siasatan
Berkongsi pengalaman pahit itu, Tuan Naemah berkata, dia mula menyedari perubahan pada anaknya pada jam 4 pagi Khamis ketika bangun menyediakan juadah bersahur.
Katanya, pada mulanya dia menyangkakan anak lelaki dan perempuannya itu hanya mengalami sakit perut biasa, namun anak-anaknya terus muntah dan cirit-birit berulang sehingga lesu dan tidak bertenaga.
Bimbang dengan keadaan itu, kedua-duanya digegaskan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pada Ahad, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka keracunan makanan, Rabu lalu.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata, sampel akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari.
Astro Awani
Tue Apr 12 2022
Tuan Naemah berkata, kedua-dua anaknya digegaskan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut. - Astro AWANI
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Telur mampu jadi punca utama puding buih tercemar - Pakar pemakanan
Bagaimanapun pengguna atau pembeli boleh mengelakkan keracunan terhadap masakan atau makanan yang tercemar dengan beberapa menggunakan beberapa cara.
Ibu serik beli puding buih, pilu lihat anak cirit-birit hingga tidak bermaya
Kedua-dua anaknya digegaskan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Ramadan 2021: Hati-hati pilih juadah, elak keracunan makanan
Keracunan makan bolah terjadi disebabkan oleh penyediaan makanan yang tidak sempurna dan tidak bersih.
Puding buih: Bukan salah telur
Tidak semua makanan memerlukan penandaan tarikh luput khususnya makanan segar termasuklah telur.
Mangsa keracunan puding buih meninggal dunia
Selepas sepuluh hari bertarung nyawa, seorang wanita yang dipercayai mangsa keracunan akibat puding buih yang dibeli secara dalam talian meninggal dunia, pagi Rabu.
Keracunan puding buih berpunca telur tamat tempoh - Exco Terengganu
Dr Alias Razak berkata kesilapan peniaga tersebut kerana menggunakan telur yang sudah lebih dua minggu dari tarikh luputnya.
Makan puding buih: Mangsa keracunan meningkat kepada 74 orang
Daripada jumlah itu, yang terdiri daripada 16 keluarga, seramai 62 pesakit tinggal di Kuala Terengganu manakala 12 lagi dari daerah Marang.