Anak tiri kepada Hashimah Ismail, 66, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Lama Kuantan-Kuala Lumpur pada petang Ahad, tidak menyangka sikap ibunya yang terlalu gembira semasa majlis kenduri perkahwinan di Hulu Langat pada Sabtu, merupakan petanda bahawa dia akan meninggalkan mereka sekeluarga selamanya.
Menurut Zaili Mohd Noor, 51, ibu tirinya dilihat 'gembira luar biasa' dan ketawa sehingga mengalir air mata menyebabkan dia terdetik di dalam hati ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku selepas itu.
"Ayah saya, adik perempuan dan suaminya nampak biasa sahaja, semasa majlis perkahwinan anak kedua saya itu, cuma mak sahaja nampak gembira sangat, semasa itu saya teringat orang tua-tua kata, kalau banyak sangat ketawa, nanti menangis," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Jengka di sini malam tadi.
Dalam kemalangan jam 2.30 petang itu, lima anggota keluarga berkenaan maut termasuk Hashimah; suaminya, Mohd Noor Che Mat, 78; anak mereka Nor Suraya Mohd Noor, 30; suaminya, Musa Abdullah, 31; serta anak mereka, Muhamad Zulkarnain Musa, 3.
Seorang lagi anak Nor Suraya, Nur Quraitun Ain Musa, lima tahun, cedera parah.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kenderaan mereka naiki hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah Proton Iswara dan kemudiannya bertembung dengan sebuah Toyota Hilux, menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Zaili yang masih kelihatan terkejut dengan kejadian itu berkata kesemua mereka menghadiri majlis perkahwinan anak keduanya, Mohd Iqbal Zaili, 27, di Hulu Langat pada Sabtu, sebelum berkonvoi dari Seri Kembangan menaiki dua buah kenderaan untuk pulang ke rumah masing-masing tengah hari Ahad.
"Sampai di bandar Lanchang kami berhenti makan tengah hari dan selepas itu berpisah. Dalam pukul 3 petang, saya mendapat panggilan daripada salah seorang adik, mengatakan kereta dinaiki ayah terlibat dalam kemalangan," katanya.
Sementara itu, kakak Nor Suraya, Saliah Mohd Noor, 34, berkata adiknya enggan memberikan gambar kenduri yang dihadiri pada Sabtu ketika diminta berbuat demikian melalui WhatsApp.
"Saya tidak dapat hadir kenduri anak abang sulung sebab ada urusan lain, dan minta adik (Nor Suraya) menghantar gambar semasa kenduri, tetapi dia bagi tahu dia tak nak berbuat demikian sebab takut saya sedih," katanya yang kelihatan sebak.
Menurutnya, adik perempuannya itu yang merupakan seorang guru Kafa sedang mengandung tiga bulan dan jenazah anggota keluarganya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jengka 6, selepas proses bedah siasat dilakukan malam tadi.
Sementara jenazah ibu tiri mereka akan dikebumikan di Kampung Batu, 9, Sungai Kepong, Lanchang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2019
Pasangan warga emas Mohd Noor dan Hashimah maut dalam kemalangan di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur kira-kira jam 3.15 petang Ahad. --fotoBERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Ibu 'terlalu gembira' sebelum terlibat kemalangan - Anak mangsa
Menurut Zaili Mohd Noor, 51, ibu tirinya dilihat 'gembira luar biasa' dan ketawa sehingga mengalir air mata menyebabkan dia terdetik di dalam hati ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku.