PETALING JAYA: Seorang ibu yang mengaku menganiaya anak lelakinya berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine' di Mahkamah Sesyen dua minggu lalu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah, pada Rabu.
Tertuduh, suri rumah berusia 34 tahun mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor yang mana ketika prosiding lalu, mahkamah menetapkan Rabu untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi wanita tersebut.
Sementara suaminya, peniaga air balang berusia 40 tahun, mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kes sama.
Berikutan perkembangan baharu tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes dan laporan perubatan.
Semasa prosiding, peguam, Adi Zulkarnain Zulkafli hadir bagi mewakili tertuduh lelaki sementara peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar bagi wanita berkenaan.
Hakim kemudiannya menetapkan 10 Mei depan bagi sebutan semula kes, untuk kedua-dua tertuduh.
Sebelum ini, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi-saksi sehingga kes selesai.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan terbabit sehingga menyebabkan anak bongsu tersebut mengalami 'allegedsympathomimetic drug ingestion' di sebuah rumah pangsapuri di Taman Medan, di sini pada jam 6 petang, 19 Februari lalu.
Mereka boleh dihukum bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada Februari lalu, media melaporkan, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesilapan membancuh susu mengandungi cecair dadah, sebelum diberikan kepada anak mereka yang masih kecil.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, kejadian hampir meragut nyawa bayi lelaki itu dikesan, ketika dia berada bawah jagaan neneknya, namun mangsa dikatakan tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal.
Polis berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 13 2024
bu bapa yang menganiaya anak lelaki mereka berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine', hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
Inovasi Farm Fresh GROW, Siti Nurhaliza jadi duta rasmi
Pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad melancarkan produk baharunya, Farm Fresh GROW, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat khusus bagi kanak-kanak di Malaysia.
Amalkan 7 susu ini untuk ibu hamil
Ada yang mengatakan susu untuk ibu hamil penting sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi apakah jenis susu untuk ibu mengandung yang sesuai? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.
Kopi, teh bukan untuk kanak-kanak! Ini punca berat anak tak naik
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika perlu, beri dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, dan ais krim buah.
Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.
COVID-19: Orang ramai berebut susu lembu, pakar kesihatan beri amaran 'ia susu biasa'
Persatuan Perubatan Indonesia dalam kenyataannya menegaskan susu itu memberi manfaat yang sama seperti susu biasa.
Lembu hasilkan lebih banyak susu apabila dengar muzik
Menjaga kebajikan haiwan adalah aspek utama untuk mendapatkan hasil ternakan yang baik.
Holstein rangkul anugerah strategi perniagaan terbaik peringkat ASEAN
Holstein menyasarkan untuk meningkatkan penghasilan susu kepada 10 juta liter setahun bagi ladang, iaitu di Lembah Tenusu Muadzam, Pahang, berbanding 8 juta liter setakat ini.
Bayi 20 hari meninggal dunia dipercayai tersedak susu
Kejadian disedari bapa angkat bayi itu yang berusia 35 tahun, apabila mendapati anaknya tidak sedarkan diri, kira-kira pukul 10 pagi.
Dutch Lady jual tanah kilang di Petaling Jaya
Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka.