BERIKUT adalah senarai berita pilihan pengarang Astro AWANI untuk minggu bermula 25 Januari hingga 31 Januari, 2016.

Ahad, 31 Januari:

1) 1MDB: Ahmad Zahid tegur Peguam Negara Switzerland buat kenyataan terbuka

Ahmad Zahid tegur Peguam Negara Switzerland
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur tindakan Peguam Negara Switzerland Michael Lauber yang membuat kenyataan terbuka mengenai siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, tindakan itu disifatkan sebagai tidak baik kerana boleh menyebabkan kerenggangan hubungan antara dua negara.

2. Pengurangan kadar caruman KWSP jejas simpanan hari tua

Pesawat Boeing 777, yang berlepas dari London pada jam 12.05 tengah hari waktu tempatan kemudian mendarat semula di lokasi sama kira-kira lima jam kemudian. - Twitte
Berikutan cadangan pengurangan potongan caruman (KWSP) sebanyak 3 peratus dari Mac 2016 hingga Disember 2017, Astro AWANI membuat tinjauan pendapat mengenainya dalam kalangan orang awam.

Rata-rata yang ditemui kurang bersetuju dan menolak cadangan pengurangan caruman itu dan berpendapat ia mampu menjejaskan simpanan hari tua dan lebih bersetuju untuk kadar lama dikekalkan.

Sabtu, 30 Januari:

1) Dalam kenangan: Enam pelajar maut di luar negara dalam tempoh seminggu



Astro AWANI mengenang enam anak muda yang penuh visi dan misi, namun terpaksa akur dijemput Tuhan dalam usia yang masih hijau.

Salam takziah ditujukan buat semua ahli keluarga mangsa dan diharapkan segala urusan dipermudahkan.

2) Virus Zika: Belum ada larangan warga Malaysia ke Amerika Selatan


Kerajaan belum mengeluarkan sebarang larangan kepada rakyat Malaysia yang mahu melancong ke Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang terjejas dengan penularan virus Zika.

Jumaat, 29 Januari:

1) Cuaca panas akibat El-Nino dijangka hingga Mac ini

elak hidrasi
Cuaca panas yang melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena El Nino, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail.

2) Pesawat American Airlines berpatah balik selepas penumpang tunjuk simptom misteri

Pesawat Boeing 777, yang berlepas dari London pada jam 12.05 tengah hari waktu tempatan kemudian mendarat semula di lokasi sama kira-kira lima jam kemudian. - Twitte
Sebuah pesawat American Airlines dalam laluan penerbangan London ke Los Angeles terpaksa berpatah balik pada Rabu selepas beberapa penumpang didapati menunjukkan simptom misteri.

Suasana cemas dan panik tercetus dalam pesawat apabila seorang kru kabin jatuh pengsan, lebih-lebih lagi setelah tersebar khabar angin mengenai virus berjangkit di dalam kabin, lapor The Washington Post.

Khamis, 28 Januari:

1) 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016


Dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), beliau mengumumkan tentang 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian.

2) Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas


Dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), isu pendidikan turut disentuh.

Rabu, 27 Januari:

1) SRC, RM2.6 bil: SPRM mahu keputusan Peguam Negara dinilai semula

SRC, RM2.6 bil: SPRM mahu keputusan Peguam Negara dinilai semula. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan agar kes SRC International dan dana RM2.6 bilion ditutup, kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

2. 'Ambillah jawatan saya kalau rasa bagus sangat' - Mukhriz

Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah, serta bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Selasa, 26 Januari:

1) Tiada kesalahan jenayah dilakukan Najib berhubung kes SRC, RM2.6 bilion - Peguam Negara


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, ketiga-tiga kertas siasatan berhubung dua kes berkenaan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan arahan supaya ia ditutup.

2) Hanya Malaysia bawa TPPA ke Parlimen - Mustapa


Malaysia adalah satu-satunya negara daripada 12 negara yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang membawa perkara itu ke Parlimen sebelum ditandatangani.

Isnin, 25 Januari:

1) CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam

Tiada potongan elaun penjawat awam - Gambar Fail
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.