Skip to main content

Malaysia

Identiti tiga mangsa maut kemalangan di Kota Tinggi dikenal pasti

TB_KEMALANGAN MAUT_JBPM Johor
Kes kemalangan maut di KM80, Jalan Johor Bahru-Mersing semalam masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Bahagian Trafik IPD Kota Tinggi atau mana-mana balai polis berhampiran. - Foto JBPM Johor
Advertisement

KOTA TINGGI: Identiti tiga mangsa maut terlibat kemalangan dua kenderaan di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru-Mersing di sini semalam telah dikenal pasti.

Mereka ialah pemandu Toyota Vios, Muhamad Shuhairil Soraiya, 21, dan penumpang, Nur Fatin Nabilah Yusrishahrun, 20, manakala pemandu Honda City, Muhamad Amin Mukhtar, 35.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan kereta Toyota Vios berkenaan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Honda City itu.

“Kesemua mangsa parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan,” katanya hari ini.

Yusof berkata, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dan BBP Mersing bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan kejadian jam 5.05 petang.

Mereka yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement