Semua orang menyukai panduan dan informatif berguna yang diberikan kepada pengguna apabila membeli atau melanggan sesuatu produk.

Oleh itu, kepada yang menggunakan atau ingin beralih arah ke peranti mudah alih HUAWEI, ini 4 tips hebat yang anda perlu tahu, dijamin dapat memperkaya pengalaman ketika menggunakan telefon pintar atau tablet HUAWEI.

Tip 1: Cara memuat turun aplikasi kegemaran dengan lebih cepat, lebih selamat dan lebih mudah

Terdapat cara yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah untuk memuat turun aplikasi yang anda mahukan pada peranti mudah alih HUAWEI. Berikut 3 langkah tersebut:

Langkah 1: Buka Petal Search App

Langkah 2: Cari aplikasi yang anda mahukan

Langkah 3: Muat turun aplikasi

Anda boleh mencari aplikasi yang anda inginkan tanpa perlu membuka Petal Search App, dengan hanya memasang (install) Petal Search Widget ke skrin utama anda. Klik ‘Go’ pada aplikasi yang anda inginkan - hanya dengan satu sentuhan, semuanya sudah bersedia!

Anda boleh mencari aplikasi yang anda inginkan tanpa perlu membuka Petal Search App, dengan hanya memasang (install) Petal Search Widget ke skrin utama anda.


Anda juga boleh mengemas kini aplikasi dengan mudah menggunakan Petal Search Widget. Untuk mengemas kini aplikasi anda, buka Petal Search Widget dan pilih ‘Me’ pada bahagian bawah sebelah kanan. Pilih ‘Muat turun’ dan pilih ‘Kemas kini’, kemudian klik pada aplikasi yang perlu dikemas kini.

Tip 2: Cara kembali semula pada permainan yang terikat dengan ID Google anda dekat peranti mudah alih HUAWEI.

Bimbang sekiranya beralih ke peranti mudah alih HUAWEI menjadikan suasana permainan tidak sama seperti di telefon pintar lama? Jangan risau, anda boleh log masuk ke akaun permainan anda pada telefon baru tanpa kehilangan satu saat permainan.

Log masuk ke akaun permainan anda pada telefon baru tanpa kehilangan satu saat permainan.

Yang perlu dilakukan hanyalah menseragamkan (bind) permainan anda dengan akaun Facebook atau akaun permainan rasmi di telefon lama. Pasang permainan di telefon baru dan log masuk ke permainan menggunakan Facebook atau akaun permainan rasmi – teruskan dari mana ia berhenti tanpa sebarang gangguan.


Tip 3: Cara menggunakan sandaran (backup) dan pemindahan (transfer) WhatsApp/WeChat antara telefon bimbit HUAWEI dengan telefon lama dengan mudah

Hilang mesej atau teks penting adalah mimpi ngeri, tetapi seakan perkara biasa apabila beralih ke telefon baru. Dengan HUAWEI Cloud, anda tidak perlu risau untuk kehilangan maklumat berharga di WhatsApp. Ini caranya agar semua perbualan dapat dipastikan dalam keadaan selamat semasa menukar ke telefon bimbit HUAWEI baru.

Langkah 1: Pada telefon lama anda, pilih Tetapan > Akaun HUAWEI > Cloud

Langkah 2: Kemudian pilih Cloud Backup > Backup Options > App Data

Langkah 3: Dalam App Data, berikan akses WhatsApp/WeChat untuk mendapat akses

Langkah 4: Kembali ke Cloud Backup dan pilih Backup

Langkah 5: Tunggu sandaran (backup) selesai

Langkah 6: Pada telefon baru anda, pilih Tetapan > Akaun HUAWEI > Cloud

Langkah 7: Kemudian buka Cloud Backup > pilih Restore Data

Langkah 8: Periksa rekod sandaran (backup) dan pilih sandaran (backup) terkini

Langkah 9: Pilih App data > Pilih WhatsApp/WeChat > Klik OK

Langkah 10: Pilih restore pada pemberitahuan yang muncul dan tunggu proses pemulihan (restoration) selesai


Tip 4: Tenangkan diri dan nikmati ganjaran eksklusif AppGallery!

HUAWEI AppGallery selamat, senang dan mudah digunakan.
HUAWEI AppGallery bukan sahaja mempunyai kebanyakan aplikasi yang disukai oleh rakyat Malaysia, tetapi ia juga selamat, senang dan mudah digunakan. Mereka yang menggunakannnya akan dapat menikmati hadiah eksklusif. Antara ganjaran terkini ialah cashback yang disertakan dengan aplikasi Penang Smart Parking. 10,000 ribu pengguna pertama yang memuat turun (install) aplikasi layak menebus cashback sebanyak RM5*.

Untuk menuntut (claim) ganjaran, ikut 5 langkah berikut:

Langkah 1: Pasang (install) Aplikasi Penang Smart Parking melalui Petal Search Widget

Langkah 2: Setelah memasang aplikasi, pergi ke HUAWEI AppGallery dan pilih Gifts

Langkah 3: Kemudian pilih Claim dan kemudian Copy

Langkah 4: Lancarkan (launch) aplikasi Penang Smart Parking dan pilih Reload > Redeem Voucher

Langkah 5: Tahan (hold) dan Tampal (paste) Kod, kemudian klik OK

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery:

https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/appgallery/

Guna peranti mudah alih HUAWEI yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan

Banyak kelebihan luar biasa yang menanti pengguna peranti mudah alih HUAWEI, seperti:

1. Pengguna dapat menikmati ruang penyimpanan HUAWEI Cloud* - 50GB, 200GB atau sehingga 2,048 GB secara percuma antara 1 Julai - 31 Disember 2020*. Untuk menebus, ikuti langkah mudah ini.

Langkah 1: Pilih Tingkatkan Penyimpanan (upgrade storage)

Langkah 2: Pilih saiz storan yang anda mahukan (50GB/200GB/2,048GB)

Langkah 3: Klik Beli > Pilih Seterusnya

Langkah 4: Pilih Tambah kad bank, masukkan butiran kad bank anda

Langkah 5: Klik Sahkan dan storan HUAWEI Cloud anda berjaya ditingkatkan!

2. Pengguna peranti mudah alih HUAWEI akan dapat menikmati 3 bulan keahlian VIP eksklusif* percuma ke TVB, Mango TV, VIU, dan Dimsum.

3. Pengguna peranti mudah alih HUAWEI akan dapat menikmati dan belajar dari 300 video pendidikan secara percuma di HUAWEI Video, HUAWEI Academy. Video tersebut menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman seperti Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, dan Syed Adney dalam bidang masing-masing yang bertujuan untuk membantu penonton mengembangkan, mempertajam dan menguasai kemampuan dalam pelbagai bidang, termasuklah akademik hingga sukan seperti badminton, seni mempertahankan diri, futsal dan berbasikal.


Ini adalah 4 tip penting mengapa pengalaman dunia digital menjadi lebih baik bersama peranti mudah alih HUAWEI dan pastinya banyak lagi ganjaran menarik menanti anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI TOGETHER 2020 Campaign dan peranti mudah alih lain, boleh merujuk di bawah:

PENAFIAN: *Semua promosi dan tawaran yang tertera adalah tertakluk kepada terma dan syarat.