Ketika umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu ke tanah suci, seorang imam dari Arab Saudi sebaliknya memilih Kelantan sebagai destinasi mengerjakan ibadah setiap kali Ramadan.
Bagi Syeikh Abdul Rahman Abdul Latif Al Mahmud, beliau teruja berada di masjid di negeri ini hinggakan memohon sendiri dengan kerajaan Arab Saudi supaya dihantar ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini, lapor Sinar Harian.
“Saya bukan sahaja suka pada penduduk di negeri ini malah menggemari masjid-masjid yang dibina kerana dilihat penuh keberkatan.
“Saya selalu cakap, Kelantan atau Malaysia amnya menjadi contoh negeri 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ atau negeri yang makmur dan mendapat pengampunan ALLAH."
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Kunjungan Hormat di Pejabat Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Abdul Rahman yang tiba di Kelantan dua hari sebelum Ramadan lalu berkata, beliau bukan sahaja mengimamkan solat sunat itu di Kota Bharu, malah pelbagai masjid seluruh negeri ini termasuk Jeli dan perkampungan orang asli di Gua Musang.
Memandangkan kedatangannya sudah memasuki kali ketiga, beliau turut meminati masakan Kelantan dan menghafal beberapa perkataan baharu antaranya kuih akok, budu dan nasi kerabu.
Hari ini sahaja katanya, dia mempelajari dua perkataan baharu iaitu keluar dan tandas.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, ini merupakan kerjasama baik Kelantan dengan kerajaan Arab Saudi sejak tujuh tahun lalu.
Setiap kali Ramadan katanya, Arab Saudi akan menghantar seorang imam tarawih untuk mengimamkan solat di negeri ini yang mana ia ditanggung sepenuhnya oleh negara itu.
Astro Awani
Mon Jun 03 2019
Abdul Rahman meluangkam masa bertemu pemimpin kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. -Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Imam Arab Saudi pilih Kelantan
Beliau teruja berada di masjid di negeri ini hinggakan memohon sendiri dengan kerajaan Arab Saudi supaya dihantar ke Kelantan untuk menjadi imam solat tarawih.