JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 86 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi berasingan di sekitar daerah Mersing, Batu Pahat dan Johor Bahru pada Isnin hingga Rabu lepas.
Pengarah JIM negeri Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi itu melibatkan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu dan unit penguat kuasa cawangan Batu Pahat serta Mersing.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan maklumat awam berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebanyak 37 premis termasuk rumah kedai dan restoran telah diperiksa.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 39 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, 25 lelaki dan tujuh wanita Indonesia, tiga lelaki Thailand, tiga lelaki Pakistan, dua lelaki Bangladesh, dua lelaki India serta dua lelaki dan seorang wanita Sri Lanka, berumur dalam lingkungan 19 hingga 54 tahun.
"Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang merupakan pemilik restoran di Batu Pahat turut ditahan dalam operasi terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata kesemua warga asing yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
"Manakala, lelaki tempatan itu ditahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi PATI.
"Justeru, kita akan menggiatkan lagi usaha penguatkuasaan bagi membanteras isu kebanjiran PATI dan akan mengenakan tindakan tanpa kompromi terhadap PATI, majikan dan pemilik premis yang menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan permit yang sah," katanya.
Pada masa sama beliau turut menyeru PATI yang berkelayakan untuk menyertai Program Repatriasi Migran, bertujuan untuk mereka pulang ke negara asal secara sukarela yang akan tamat pada 31 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Mohd Rusdi berkata operasi itu melibatkan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu dan unit penguat kuasa cawangan Batu Pahat serta Mersing. - Gambar JIM Johor
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.
Kim Jong Un: Siap sedia perang keutamaan utama
Kim Jong Un pantau latihan khas ketenteraan Korea Utara dan tegaskan penyempurnaan persiapan perang adalah keutamaan. Beliau beri amaran akan guna kekuatan jika AS terus provokasi terhadap Rusia.
Astro One: Tawaran eksklusif untuk penjawat awam, jimat hingga RM960
Astro Malaysia Holdings Bhd melancarkan "Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam", iaitu pek hiburan berbaloi yang menawarkan penjimatan hingga RM960.
Bekas pesakit kanser, kental jalani ibadah haji
Wajahnya berbeza berbanding jemaah haji yang lain, akibat menjalani pembedahan kanser.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.
Itu bukan penghalang bagi Aminuddin menjalani ibadah seperti jemaah yang lain.

Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.
[TERKINI] Putin, Anwar bakal bincang perkukuh hubungan
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual berbincang bagi mengukuhkan hubungan dua hala, meliputi isu politik, perdagangan serta kerjasama antarabangsa melalui BRICS, ASEAN dan OIC.
Kenderaan Berat terus ‘makan nyawa’- rapuhkah penguatkuasaan undang-undang?
Sembilan anggota FRU terkorban dalam nahas tragis di Teluk Intan, sekali lagi mencetus persoalan: sejauh mana selamatnya jalan raya kita daripada kenderaan berat yang cuai atau uzur? Buletin AWANI 12 tengah hari bersama Tan Sri Lee Lam Thye mengupas isu penguatkuasaan, penyelenggaraan, dan nyawa yang terus menjadi taruhan.
[TERKINI] Pemandu lori batu kerikil direman empat hari
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. Bakri ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.
Nahas trak FRU: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.

Pekerja asing, tempatan jadi 'hamba' diselamatkan
Tidak dibayar gaji sejak Disember tahun lepas antara derita yang ditanggung 55 pekerja asing yang menjadi "hamba" di sebuah kilang dekat Lahat, di sini.

Dua pegawai imigresen cedera ketika tahan warga asing cuba larikan diri
Kedua-dua pegawai cedera ringan di bahagian tangan dan lutut, selepas terjatuh ketika mengejar wanita berkenaan.

Portugal akan usir kira-kira 18,000 pendatang tanpa izin
Kerajaan Portugal pada Sabtu mengumumkan rancangan untuk mengusir kira-kira 18,000 warga asing yang tinggal di negara itu tanpa permit atau kebenaran sah.

MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan tegas dengan merobohkan dan menyita tiga premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.

Tiga lelaki ditahan disyaki melombong bijih besi secara haram di Rompin
Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melombong bijih besi secara haram di Sungai Ganoh.

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih RM123,000 di Miri
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah benrilai lebih RM123,000 dalam dua serbuan berasingan di Miri, Ahad lepas.

Mencuri di pelantar minyak, tujuh warga Indonesia dipenjara
Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara sembilan bulan ke atas tujuh lelaki warga Indonesia selepas mereka mengaku bersalah mencuri di sebuah pelantar minyak.

Lelaki Nigeria bawa pisau pemotong daging dalam poket seluar
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu mendakwa pisau terbabit dibawanya untuk mencari serai di kawasan sekitar.

Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus
Anggota polis tersebut mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Polis tumpaskan dua sindiket edar dadah libatkan nilai rampasan lebih RM450,000
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam operasi berasingan yang dijalankan pada 16 hingga 18 April lepas di sekitar ibu negara melibatkan rampasan bernilai lebih RM450,000.