awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara

Bernama
Bernama
14/12/2015
23:35 MYT
Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara
MUSTAFA: JIM hanya akan memberi perhatian terhadap nama dan negara individu yang dikenal pasti berdasarkan maklumat polis dan seterusnya individu berkenaan akan disenaraihitamkan dalam sistem kami. -Gambar fail
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mampu menghalang keluar masuk individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan militan Daish di semua pintu masuk dan keluar negara jika memperoleh maklumat awal daripada polis.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pihaknya bergantung kepada pihak polis dalam membantu mengenal pasti individu yang terlibat sama ada warga tempatan mahupun asing dalam kegiatan itu.
"JIM hanya akan memberi perhatian terhadap nama dan negara individu yang dikenal pasti berdasarkan maklumat polis dan seterusnya individu berkenaan akan disenaraihitamkan dalam sistem kami.
"Berikutan itu, setibanya mereka di pintu masuk dan keluar negara, kami akan menahan mereka...seterusnya merujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berkaitan pemalsuan pas pekerja para ekspatriat di sini, pada Isnin.
Mustafa menyifatkan kerjasama erat dengan polis penting dalam membantu mengesan individu terlibat dalam Daish yang dilihat membawa ancaman besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi di peringkat global.
"Kerjasama erat antara JIM dan polis melalui pemeriksaan rapi yang dijalankan di kesemua pintu masuk dan keluar negara terbukti bila tiada rekod pembolosan individu terbabit dalam kegiatan berkenaan dilaporkan.
"JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam Daish atau menyebarkan fahaman itu di negara ini kerana ia merupakan ancaman yang boleh menggugat ketenteraman negara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#daish
#Imigresen
#kegiatan militan
#Mustafa Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan