awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia

Bernama
Bernama
08/06/2024
09:29 MYT
Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia
Proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak. - Jabatan Imigresen Malaysia Sabah
TAWAU: Seramai 153 pendatang asing tanpa izin warganegara Indonesia yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Tawau dihantar ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak yang menaiki Feri Purnama Express.
"Ini merupakan program pemindahan pendatang asing tanpa izin siri ke-10 bagi kategori usir melalui laut bagi tahun 2024, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 serta Peraturan Peraturan Imigresen 1963, " katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, program pemindahan warganegara Indonesia itu dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu serta Konsul Republik Indonesia di Tawau.
Sh Sitti Saleha berkata pihaknya akan meneruskan operasi penguatkuasaan, selain pemindahan pendatang asing tanpa izin yang selesai menjalani proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen Sabah
#pati
#Indonesia
#Depot Tahanan Imigresen
#penghantaran pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan