KUALA LUMPUR: Lima belas wanita warga asing adalah antara 22 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam operasi Jabatan Imigresen di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras dekat sini, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua mereka yang berusia antara 19 dan 34 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 7 malam.
Beliau berkata wanita terbabit terdiri daripada 11 warga Thailand, tiga Vietnam dan seorang Indonesia manakala tujuh lelaki yang ditahan merupakan penyelia dan pengurus di premis berkenaan.
"Tiga pelanggan dan pekerja hotel yang berada di lokasi pula diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Kegiatan itu dijalankan di tingkat tiga hotel berkenaan manakala bilik-bilik didaftar menggunakan nama warganegara tempatan yang disyaki bertindak sebagai penjaga bagi wanita-wanita itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hanya pelanggan yang dikenali dibenarkan untuk melanggan khidmat pelacuran yang ditawarkan bagi mengelak ia dihidu pihak penguat kuasa, dan kegiatan itu dipercayai dijalankan atas pengetahuan pihak pengurusan hotel terbabit.
Khairul Dzaimee berkata perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga dari RM230 hingga RM500 bagi tempoh masa selama 45 minit dengan separuh bayaran diambil oleh majikan dan selebihnya merupakan tip untuk wanita berkenaan bagi setiap pelanggan.
"Pelanggan terlebih dahulu memilih wanita warga asing yang ingin dilanggan melalui aplikasi 'WeChat', 'Telegram' atau 'LINK' dan bayaran perlu dilakukan kepada penjaga atau penyelia terlebih dahulu di lobi hotel sebelum diberikan nombor bilik wanita yang ditempah," katanya.
Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan itu, beberapa keping kondom, minyak pelincir, kad akses bilik, Kamera Litar Tertutup hotel dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.
"Kesemua tahanan akan dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya bagi menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan atas pelbagai kesalahan.
"Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Siasatan JIM mendapati perkhidmatan seks ditawarkan dengan harga RM230 hingga RM500. - Gambar/ Jabatan Imigresen Malaysia
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Tujuh warga Vietnam mangsa eksploitasi seks diselamatkan
JIM menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi seks dalam operasi di sebuah rumah kedai dua tingkat di Klang, dekat sini pada Isnin lepas.
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.
Guru didakwa perdagang wanita digantung tugas
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan kepada seorang guru dengan menggantung tugasnya untuk sementara selepas individu tersebut didakwa memperdagangkan seorang wanita.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Elak ketagihan pornografi: Ibu bapa perlu terbuka didik anak tentang seks
Ibu bapa perlu lebih terbuka dalam mendidik mengenai seks bagi mengurangkan potensi anak mereka mencari maklumat menerusi bahan pornografi.
Kes cabar Enakmen Syariah Kelantan: 9 hakim akan buat keputusan
Keputusan petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 akan diputuskan Mahkamah Persekutuan pada tarikh yang ditetapkan kemudian.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
Polis selamatkan gadis selepas 10 bulan lari bersama kekasih
Selepas hampir 10 bulan, seorang gadis bawah umur yang dilarikan kekasihnya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah stor besi buruk.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.