awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2024
12:19 MYT
Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Skor itu menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi yang baik yang mana indeks itu diukur melalui 60 petunjuk meliputi pluralisme, kebebasan sivil dan budaya politik. - Gambar IG Seasia Stats
KUALA LUMPUR: Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.
Menerusi laporan Indeks Demokrasi 2023 diterbitkan Economist Intelligence Unit, Malaysia memperoleh skor 7.29, sekali gus menduduki ranking pertama di wilayah ini dan yang ke-40 di dunia.
Skor itu menunjukkan Malaysia mengamalkan demokrasi yang baik yang mana indeks itu diukur melalui 60 petunjuk meliputi pluralisme, kebebasan sivil dan budaya politik.
Timor Leste berada di tangga kedua dengan skor 7.06 diikuti Filipina (6.66) dan negara yang sedang sibuk dengan pemilihan umum (Pemilu), Indonesia di tangga keempat dengan skor 6.53.
Ia kemudian disusuli Thailand, Singapura, Kemboja, Vietnam dan Laos.
Myanmar pula menduduki tempat paling rendah dengan markah 0.85 dan dikategorikan sebagai rejim autoritarian.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Malaysia
#demokrasi
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan