Kementerian Sumber Manusia akan memulakan kajian untuk membangunkan Indeks Gaji Kebangsaan (NWI) bagi mengukur perubahan upah dan gaji pekerja dalam pasaran buruh Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) itu boleh menjadi panduan kepada majikan dan pelabur dalam merangka struktur dan tahap gaji bagi pekerjaan tertentu, selain menjadi input kepada dasar-dasar sumber manusia.
Katanya pekerja dan pencari kerja juga boleh menggunakan NWI sebagai penanda aras nilai pasaran mereka dan menilai kenaikan gaji sepanjang kerjaya mereka.
"Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh menggunaan NWI untuk memantau perubahan gaji dalam ekonomi, input untuk penetapan gaji serta untuk semakan gaji minimum dan input dasar," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kajian NWI yang akan dijalankan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) itu adalah berdasarkan kepada kaji selidik setiap suku tahunan yang akan mengumpul maklumat gaji kritikal dan perubahan dari semasa ke semasa.
Riot berkata sebanyak 3,000 pertubuhan sektor swasta dari seluruh negara telah dipilih secara rawak untuk kajian itu antaranya dari sektor perladangan, perlombongan dan pengkuarian; pembuatan; bekalan air, pembentungan; perdagangan borong dan runcit; pentadbiran dan khidmat sokongan; hiburan dan rekreasi; maklumat dan komunikasi; dan hartanah.
Menurutnya 169 jenis pekerjaan juga telah dipilih dan akan digunakan untuk membentuk indeks yang akan mewakili pekerjaan utama di Malaysia.
"Gaji dan upah pekerja sepenuh masa dalam semua kategori pekerjaan daripada pengurus hingga pekerja am diperlukan untuk pembangunan NWI," jelasnya.
Tambahnya tempoh rujukan bagi kajian pertama adalah pada September lepas dan seterusnya akan dijalankan pada setiap suku tahun sehingga Jun 2017.
Penemuduga yang dilantik oleh kementerian akan menghubungi majikan terpilih untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dan maklumat lanjut mengenai kajian itu boleh didapati di wageindex.mohr.gov.my, katanya.
Dalam pada itu, Riot berkata kementerian akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Kemahiran Orang Kelainan Upaya (OKU) 2016 pada 25 Nov ini di Hotel Aloft, Kl Sentral bermula 9 pagi hingga 4.30 petang.
Katanya 20 majikan akan membuka kaunter temu duga yang menawarkan pekerjaan kepada OKU dari peringkat pendidikan rendah sehingga lulusan Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Urus Setia Karnival di talian 03-8886 5153/ 5144/ 5145 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Pekerja dan pencari kerja juga boleh menggunakan NWI sebagai penanda aras nilai pasaran mereka dan menilai kenaikan gaji sepanjang kerjaya mereka. - Gambar hiasan
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Indeks Gaji Kebangsaan dilancar untuk mengukur upah dan gaji
Indeks Gaji Kebangsaan akan menjadi garis panduan bagi mengukur perubahan upah dan gaji pekerja di pasaran buruh Malaysia.