KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur harga barangan di pintu kilang mencatatkan penurunan -4.6% pada Mei 2023 berbanding -3% pada April 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM berkata, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan menurun sebanyak -0.4%, selepas peningkatan 0.2% pada bulan sebelumnya.
Katanya, sektor perlombongan turun -2.5%, disebabkan oleh penurunan kedua-dua indeks pengekstrakan petroleum mentah (-2.4%) dan pengekstrakan gas asli (-2.7%).
"Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan turun -0.7%, dengan indeks penanaman tanaman kekal mencatatkan -2.3%.
"Sektor pembuatan juga mencatatkan penurunan -0.2% pada Mei 2023, disebabkan oleh pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-1.2%) dan pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (-0.6%). Di samping itu, indeks bekalan air turun -0.1%, manakala indeks bekalan elektrik dan gas naik 0.6%," katanya dalam kenyataan media di sini.
Menurut DOSM, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan terus mencatatkan penurunan negatif 27.2% pada Mei 2023 berbanding 26% pada bulan sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh indeks buah tandan segar kelapa sawit yang terus jatuh kepada -42.4% berbanding -40.3% pada April 2023.
Katanya, sektor perlombongan juga mencatatkan penurunan dua angka sebanyak -10.7% berbanding 4.7% pada April 2023, dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah turun -18.1%.
"Selain itu, sektor pembuatan turun marginal kepada -1.1% berbanding 0.1% pada April 2023. Ini disebabkan oleh penurunan yang signifikan dalam indeks pembuatan produk makanan -9.6% dan dimbangi dengan kenaikan dalam indeks pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal sebanyak 6.6%.
"Sementara itu, indeks bekalan air dan bekalan elektrik dan gas masing-masing naik 3% dan 1.2%," katanya.
Mengulas mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya terus turun kepada -20.1% pada Mei 2023 berbanding -17.6% pada April 2023 dengan indeks bahan bukan makanan turun -24.2%.
Indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen menurun sebanyak -1.6% disebabkan oleh penurunan dalam indeks bahan dan komponen untuk pembuatan (-6.2%) dan bekas (-3.7%).
Sementara itu DOSM berkata, indeks barang siap naik 3% disumbangkan oleh peningkatan kelengkapan modal (3.8%) dan barangan pengguna siap (2%).
"Semua peringkat pemprosesan telah merekodkan penurunan pada asas bulanan, yang mana bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya menurun sebanyak -0.9%, bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-0.4%) dan barangan siap (-0.2%)," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jun 27 2023
DOSM berkata, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan turun -0.7%, dengan indeks penanaman tanaman kekal mencatatkan -2.3%. - Gambar hiasan
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 0.3 peratus pada Februari - DOSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan aliran menurun di pasaran ekuiti global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.91 mata kepada 1,440.60 daripada paras penutup 1,442.51 pada Rabu.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
Indeks Harga Pengeluar menurun 4.6% pada Mei 2023 - DOSM
DOSM berkata, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan menurun sebanyak -0.4%, selepas peningkatan 0.2% pada bulan sebelumnya.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April 2023 - DOSM
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.
Indeks Harga Pengeluar susut kepada 7.6 peratus pada Julai 2022 - Jabatan Perangkaan
IHPR pada Julai 2022 disumbangkan oleh indeks pembuatan pada 9.9 peratus berbanding 10.0 peratus pada Jun 2022.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia catat peningkatan dua digit pada Mac 2022 - Perangkaan
Peningkatan ini didorong oleh harga komoditi utama yang lebih tinggi.
Kenaikan harga komoditi lonjak Indeks Harga Pengeluar kepada 9.7%
Ia turut dipacu oleh indeks pertanian, perhutanan dan perikanan yang mencatatkan peningkatan lebih tinggi pada 17.7% berbanding 12.5% pada Januari 2022.
IHPR Malaysia naik 10 peratus pada Dis 2021 - DoSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia bagi pengeluaran tempatan meningkat 10.0 peratus tahun ke tahun pada Disember 2021 berbanding penurunan 2.1 peratus yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun se