awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks jenayah turun empat peratus di Selangor

Bernama
Bernama
22/02/2014
09:27 MYT
Indeks jenayah turun empat peratus di Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan. --Gambar Fail
Polis Selangor mencatatkan penurunan indeks mencegah jenayah sehingga empat peratus di beberapa daerah di negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata penurunan itu melibatkan jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, berikutan kegigihan anggota polis menjaga keamanan masyarakat.
Lima daerah yang mencatatkan penurunan indeks mencegah jenayah ialah Klang Utara, Serdang, Kuala Langat, Ampang Jaya dan Shah Alam.
"Sejak 1 Jan hingga hari ini, indeks cegah jenayah dapat diturunkan di beberapa daerah di negeri ini dengan Klang Utara antara daerah terbaik dalam menunjukkan penurunan itu.
"Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencegah jenayah menetapkan sekurang-kurang 10 peratus jenayah perlu diturunkan. Daerah Klang Utara menunjukkan penurunan sehingga 20 peratus dan ini kejayaan membanggakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu menyertai program Kayuhan Mesra bersama Komuniti yang disertai 565 peserta meliputi laluan sejauh 34 kilometer anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Mohd Shukri turut meminta masyarakat supaya tidak lalai menjaga keselamatan diri kerana usaha mencegah perilaku jenayah bukan tanggungjawab polis semata-mata namun memerlukan kerjasama semua pihak.
Topic Berkaitan
#Indeks Jenayah
#Mohd Shukri Dahlan
#PDRM
#Selangor
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan