awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia disokong analisis terperinci - Abdul Rahman

Bernama
Bernama
13/05/2015
02:50 MYT
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia disokong analisis terperinci - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia disokong analisis terperinci - Gambar fail
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) disokong analisis terperinci tentang kemampuan negara ini menjana pertumbuhan hasil bagi kesejahteraan masyarakat, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata IKRM mengandungi 14 komponen dan 68 petunjuk bagi mengukur kesejahteraan masyarakat dari pelbagai aspek.
Komponen itu ialah komunikasi, pendidikan, pendapatan dan pengagihan, pengangkutan, persekitaran kerja, kebudayaan, persekitaran, keluarga, tadbir urus, kesihatan, perumahan, liburan, keselamatan awam dan penyertaan sosial.
"Secara keseluruhan, tahap kesejahteraan masyarakat terus meningkat kerana semua indeks meningkat berikutan pertumbuhan pendapatan negara," katanya pada Seminar Mengenai Kesejahteraan: Dimensi Sedang Muncul, Petunjuk dan Ukuran di Bangi dekat sini pada Selasa.
Abdul Rahman berkata dalam konteks IKRM, kesejahteraan merujuk kepada pelbagai manfaat yang dinikmati secara langsung atau tidak langsung oleh rakyat serta yang menyumbang kepada kepuasan individu, keluarga dan masyarakat.
"Manfaat ini, yang termasuk dari segi sosial, persekitaran dan ekonomi, adalah hasil daripada pelaksanaan pelbagai dasar, strategi dan program pembangunan sosioekonomi," katanya.
Topic Berkaitan
#ikrm
#Masyarakat
#Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan