KUALA LUMPUR :Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2019 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus, disokong pertumbuhan positif kesejahteraan ekonomi sebanyak 2.3 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019.

Ini perkara utama dari laporan IKRM 2019:

1. Kesejahteraan rakyat Malaysia telah meningkat 0.6 peratus pada 2019, iaitu kepada 121.0 mata indeks;

2. Pertumbuhan positif itu disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019;

3. Pertumbuhan kesejahteraan ekonomi meningkat 2.3 peratus kepada 131.8 mata indeks untuk 2019;

4. Pertumbuhan kesejahteraan sosial menurun 0.6 peratus kepada 114.9 mata indeks untuk tahun 2019;

5. Kesejahteraan ekonomi merekodkan peningkatan sebanyak 31.8 mata dari tahun 2000 hingga 2019; dan

6. Kesejahteraan sosial pula meningkat 14.9 mata dari tahun 2000 hingga 2019.

Pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019.
Pertumbuhan positif kesejahteraan rakyat Malaysia disumbangkan oleh peningkatan 11 daripada 14 komponen ekonomi dan sosial pada 2019.
Sumber: PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA