BANTING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membangunkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK), yang menjadi penanda aras keberkesanan dasar, strategi dan pelaksanaan pengurusan keselamatan secara menyeluruh di negara ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini.
Beliau berkata IKK itu akan menjadi petunjuk dan penanda aras kepada negara luar untuk membuat keputusan bagi melabur atau mengadakan sebarang program di negara ini.
"Di Malaysia, kita selalu tidak dapat jawab secara khusus (mengenai tahap keselamatan), yang ada 'Global Peace Index'. Ia dibuat oleh pihak negara lain. Kadang-kadang kita tidak setuju dengan rating yang mereka berikan kepada kita. Kita juga tidak tahu apa pembolehubah yang mereka gunakan.
"Jadi apabila Amerika Syarikat mengeluarkan satu indeks, indeks kita rendah, menyebabkan ada negara membuat sekatan perjalanan dan nasihat pelancongan tidak boleh (melancong). Ia merugikan kita," katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Rasmi Batu Asas Asrama Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin di Kanchong Darat, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah MKN Selangor Faizatul Aini Mohd Adnan.
Sementara itu, Rodzi berkata pihaknya akan memperkenalkan Sukarelawan MKN pada Jun ini bagi menjayakan konsep pengurusan keselamatan berasaskan komuniti.
"Pengurusan keselamatan berasaskan komuniti yang mana teras kepada semua perkara ini adalah Dasar Keselamatan Negara.
"Dasar ini menekankan bahawa keselamatan itu adalah satu pengurusan bersifat menyeluruh merangkumi semua aspek dalam kehidupan bukan sahaja keselamatan dan kedaulatan, ia meliputi tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, keselamatan makanan dan pengiktirafan antarabangsa," katanya.
Tambahnya, pemilihan sukarelawan itu akan memfokuskan kepada golongan belia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Indeks Keselamatan Kebangsaan diperkenalkan hujung tahun ini
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata pihaknya menyasarkan untuk memperkenalkan indeks tersebut pada penghujung tahun ini.