awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/02/2025
07:40 MYT
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Terdapat dua isu utama yang dihadapi Malaysia iaitu rasuah dan jenayah rasuah, yang mana pembaharuan besar perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berpandangan sasaran Malaysia untuk berada dalam kedudukan antara 25 buah negara teratas di dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033, dilihat agak sukar untuk dicapai.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
"CPI sering menangani persepsi, tetapi saya juga ingin menekankan bahawa walaupun ia menangani rasuah kecil, ia tidak menangani isu-isu yang lebih besar yang kita hadapi di Malaysia.
"Skandal kita bukan dalam ribuan ringgit tetapi jutaan dan bilion. Namun, tiada sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk jenis rasuah ini," katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai laporan kedudukan CPI 2024 di ibu negara pada Selasa.
Pushpan menambah, terdapat dua isu utama yang dihadapi Malaysia iaitu rasuah dan jenayah rasuah, yang mana pembaharuan besar perlu dilakukan untuk menangani masalah tersebut.
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam CPI bagi tahun 2024 untuk dua tahun berturut-turut, dengan skor 50 mata.
Kedudukan terbaharu itu diperoleh hasil daripada sembilan tinjauan berbeza bagi mengukur persepsi tahap rasuah dalam sektor awam di 180 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Menurut Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) dalam kenyataan, antara sebab Malaysia berada di kedudukan dan skor yang sama adalah kerana perniagaan-pernigaan masih merasakan masalah rasuah merupakan isu utama yang perlu dibendung dalam sektor awam.
Selain itu, usaha-usaha Pembaharuan Institusi masih bergerak perlahan walaupun Kerajaan Madani memberikan penekanan terhadap tata kelola yang baik dan pembaharuan institusi.
Menerusi indeks CPI 2024, tiga buah 'negara bersih dari ancaman rasuah' berjaya menduduki tiga tangga teratas iaitu Denmark, Finland dan Singapore masing-masing dengan skor sebanyak 90 mata, 88 mata dan 84 mata.
CPI menggunakan skala dari 0 (kadar rasuah tertinggi) hingga 100 (kadar rasuah terendah dan bersih).
Malaysia memperoleh 50 mata pada 2023, 47 pada 2022, 48 pada 2021, serta 51 pada 2020.
Topic Berkaitan
#Indeks Persepsi Rasuah
#Malaysia
#C4
#sasaran Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan