NEW DELHI: India pada Selasa membawa keluar 78 orang lagi dari Kabul ketika Amerika Syarikat (AS) melakukan persiapan mengundurkan baki tenteranya dari Afghanistan menjelang tarikh akhir, 31 Ogos.
Kira-kira 800 warga India dan Afghanistan diterbangkan ke New Delhi sejak 16 Ogos.
"Mereka yang dibawa keluar pada Selasa termasuk 25 warga India," kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi di Twitter.
Kumpulan itu diterbangkan dari Kabul ke Dushanbe, Tajikistan dengan pesawat Tentera Udara India sebelum dibawa ke New Delhi dengan pesawat komersial India.
Seramai 168 orang yang dibawa keluar itu termasuk 23 penganut Sikh Afghanistan dan Hindu, mendarat di pangkalan udara tentera pada Ahad.
Mereka termasuk dua Ahli Parlimen Afghanistan, Anarkali Kaur Honaryar dan Narender Singh Khalsa, serta anggota keluarga masing-masing.
Seramai 146 lagi warga India yang dipindahkan ke Qatar dari Afghanistan, tiba dengan pesawat lain.
Ratusan rakyat India bekerja untuk misi diplomatik, projek tempatan dan dengan majikan asing di Afghanistan.
Kerajaan negara asing meningkatkan usaha membawa keluar rakyat masing-masing selepas gerakan Taliban menguasai Kabul pada 15 Ogos.
Walaupun Taliban menguasai negara itu, lapangan terbang antarabangsa di Kabul masih berada di bawah tentera AS dan NATO.
Jurucakap Taliban Suhail Shaheen pada Isnin memberi amaran "akibat" yang perlu ditanggung jika tentera asing tinggal melebihi tarikh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Warga India yang dibawa keluar dari Kabul tiba di pangkalan tentera udara Hindon berhampiran New Delhi, India, 22 Ogos 2021. (Foto AP)
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.