KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan individu yang mempunyai kemahiran berinteraksi dengan Orang Kurang Upaya (OKU), khususnya dalam pengunaan bahasa isyarat untuk menyertai Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini penting bagi membantu kelancaran dan proses interaksi pemberian vaksin kepada golongan itu.
"Kalau kita ada kerjasama erat dengan OKU Sentral, saya yakin KBS boleh membuka sedikit ruang untuk kita memberi elaun kepada sukarelawan MyVac yang mempunyai tanggungjawab khas untuk membantu warga OKU," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu PPV Pandu Lalu kendalian OKU Sentral di Ara Damansara semalam yang turut dihadiri Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain.
MyVac merupakan mobilisasi sukarelawan kesihatan dan bukan kesihatan untuk membantu barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima dengan menjadi pemudahcara urusan penyampaian vaksin di PPV.
Pada 19 Jun, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata seramai 80,000 individu mendaftar untuk menyertai inisiatif MyVac di seluruh negara sejak pendaftarannya dibuka ketika pemberian vaksin fasa pertama pada Mac lepas.
Sementara itu Ras Adiba yang juga Pengerusi Bernama menyambut baik saranan berkenaan dan berkata bahawa golongan OKU perlu disantuni dengan cara yang betul.
"Apabila kita melakukan sesuatu untuk OKU kita kena tahu bagaimana menyantuni mereka dan apa kita buat untuk OKU, 'there is nothing about us without us', kita tidak boleh buat benda untuk OKU tapi dalam pasukan kita orang bukan OKU, mesti ada seorang dua (OKU), kalau tidak you wouldn't know (anda tidak akan tahu)," katanya.
Dalam perkembangan lain Ras Adiba berkata pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan KBS bagi mewujudkan sebuah lagi PPV Pandu Lalu untuk OKU dalam usaha mempercepat proses vaksinasi golongan itu, memandangkan kapasiti terhad di PPV sedia ada.
PPV Pandu Lalu kendalian OKU Sentral itu memulakan program vaksinasinya pada 18 Jun dengan 80 suntikan sehari sebelum meningkatkan kapasiti kepada 160 hingga 200 suntikan sehari mulai Isnin (21 Jun) dan seterusnya bagi tempoh lima bulan akan datang.
Pelaksanaan vaksinasi di pusat itu ketika ini adalah berdasarkan pendaftaran yang diterima oleh OKU Sentral, yang menyaksikan sejumlah 13,500 OKU akan menerima janji temu masing-masing menerusi aplikasi MySejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Wan Ahmad Fayhsal (tengah) bersama Ras Adiba (dua, kanan) meninjau keadaan di sekitar PPV untuk OKU di Menara Sime Darby Plantation, Petaling Jaya, 22 Jun, 2021. -- fotoBERNAMA
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
Fokus siasatan nahas helikopter TLDM di Lumut
Bersama ditalian, Kapten Manan Mansor, Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia.
Laporan interim disiapkan secepat mungkin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, Laporan interim berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak ketika menjalani Latihan Raptai sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 akan disediakan secepat mungkin.
KPM serah siasatan guru dipukul rakan sekerja kepada polis
Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 dibincang di Kabinet minggu depan - Hannah
Keputusan sama ada Malaysia akan menganjurkan Sukan Komanwel 2026 atau tidak, dijangka dibawa untuk perbincangan di Kabinet pada minggu depan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.