Indonesia perlu meminda undang-undang dan sistem pengurusan kebakarannya sekiranya mahu masalah jerebu rentas sempadan diselesaikan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut Wan Junaidi, undang-undang Indonesia masih membenarkan pembakaran di atas tanah yang keluasannya kurang daripada 0.8 hektar.
Selain itu, katanya, sistem pengurusan tanah gambut di negara jiran itu juga kurang berkesan sehingga turut menyumbang kepada pembakaran dan keadaan berjerebu di negara itu.
"Di Malaysia kita tidak lagi membenarkan pembakaran seumpama itu dan kita berharap pihak Indonesia turut berbuat demikian supaya kejadian jerebu rentas sempadan dapat diatasi atau dikurangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi GiatMara Sarawak di sini hari ini.
Menurut Wan Junaidi, Malaysia dapat mengawal kebakaran terbuka kerana selain undang-undangnya yang ketat ia juga mempunyai pengurusan tanah gambut yang cekap bagi mencegah kebakaran hutan.
"Bagaimanapun, saya masih yakin dengan janji yang dibuat kerajaan Indonesia semasa mesyuarat peringkat menteri-menteri Asean bahawa pihaknya akan mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasi masalah jerebu rentas sempadan menjelang 2020," kata Wan Junaidi.
Ditanya mengenai jerebu yang sedang melanda Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor serta beberapa kawasan di Semenanjung, Wan Junaidi berkata ia berpunca daripada kebakaran di Sumatera, Riau, Pekan Baru dan Kalimantan.
Bagaimanapun, katanya, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara berada pada paras yang masih sihat, kecuali di Kuala Lumpur dan Shah Alam melebihi paras 100 pagi tadi.
Katanya Sarawak bernasib baik kerana tiupan angin tidak menghala ke negeri ini dan setakat ini bebas daripada keadaan berjerebu.
Wan Junaidi turut menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bacaan IPU tidak tepat kerana walaupun Kuala Lumpur dan Shah Alam diliputi jerebu tebal tetapi bacaan IPUnya masih berada pada paras sihat.
Menurut beliau, jerebu yang tebal akibat asap tidak bermakna ia pada paras berbahaya kerana bacaan IPU turut mengambil kira bahan terapung yang berbahaya termasuk pelepasan asap daripada kenderaan.
Bernama
Tue Aug 30 2016
Menurut Wan Junaidi, undang-undang Indonesia masih membenarkan pembakaran di atas tanah yang keluasannya kurang daripada 0.8 hektar. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.